DENGAR PLAYLIST
LAGU LAGU
PELBAGAI ARTIS

Dengar Ulangan Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 1Dengar Ulangan Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 2Dengar Ulangan Playlis SENANDUNG HARI RAYA

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD/kaset yang original)

RENTAK AIDILFITRI

(Seleksi Lagu Raya Era 90'an)

(Pelbagai Artis)

(7 September 2008)

 

Playlist RENTAK AIDILFITRI menghimpunkan lagu raya pelbagai genre muzik yang mewarnai industri muzik dekad 90an.  Di awal 1990 genre rock (kini dikenali sebagai Rock Kapak) masih mengungguli muzik tanahair setelah mencetus fenomena tersendiri di penghujung 80an.   Kemudian industri muzik dikejutkan dengan demam irama dangdut, hip hop, Irama Malaysia dan penghujung 90an, siapa sangka lagu Nasyid mampu menguasai industri muzik tanahair.

Kepesatan perkembangan muzik ketika itu (album boleh dijual melebihi 100,000 unit) turut mencorak album-album Hari Raya dengan memberi ruang kepada ramai penyanyi sama ada solo atau berkumpulan untuk merakamkan lagu-lagu raya pelbagai genre.  Antaranya Amy Search, Awie, Zainal Abidin, Amelina, Iwan, 4U2C, Nico, Freshie, Slam, UK's dan ramai lagi.  Kalau sebelumnya EMI menguasai pasaran album hari raya tetapi tidak untuk dekad 90an kerana mendapat persaingan dari syarikat antarabangsa lainnya seperti BMG, Warner dan Sony.

Disamping itu artis 'trendsetter' yang memperjuangkan irama pop turut berpeluang merakamkan lagu-lagu raya seperti Ziana Zain, Amy Mastura, Erra Fazira dan Nurul.  Saya turut menyelitkan beberapa lagu raya penghujung 80an kerana ia lebih popular di awal 90an seperti lagu 'Hari Mulia' (pop Jazz) yang didendangkan oleh Sheila Majid.  Bagi saya irama lagu ini cukup unik walaupun cara penyampaian penyanyinya kurang disenangi oleh segelintir peminat muzik tanahair.

Playlists: RENTAK AIDILFITRI

  Lambaian Aidilfitri
     -  Saleem & Jamal Abdillah
     (1994, Razman / TJ & Lan Mamat)

  Kurniaan Di Hari Raya - Feminin
     (1994, Nasser Abu Kassim / Cahaya Pena) 

  Halaman Asmara - Ziana Zain & Awie
     (1994, M Nasir / S Amin Shahab)

  Hari Mulia - Sheila Majid
     (1987, S Atan / Johan Nawawi)

  Pulanglah - Aishah
     (1991, Adam Ahmad / Aishah)

  Suasana Hari Raya - Slam
     (1995, Salman / Nuar)

  Indah Di Hari Raya - Ziana Zain
     (1996, Khalil Shariff)

  Senandung Hari Raya Untukmu -
     Dayangku Intan
     (1989, Jay Jay / S Amin Shahab)

  Mulia - Erra Fazira
     (1998, Iman Wan / Darwish)

  Digamit Takbir - Freshies
      (1995, Is Wow)

  Nico Berhari Raya - Nico
     (1994, M Nasir / Usop)

  Sentuhan Hari Raya - Amy Search
     (1994, M Nasir / Loloq)

  Cahaya Aidilfitri - Ramlah Ram
     (1996, Awira)

  Rindu Syahdu Di Hari Raya - Nurul
     (1995, Salman)

  Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz
     (1989, S Atan / Fauzan Uda Ahmad)

  Setahun Sekali - Amy Mastura
     (1998, Fauzi Marzuki / Amran Omar)

  Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Ajai & Rem
     (1999, Mujahid Abd Wahab / Jeff Hazimin)

  Hari Ini Hari Raya - Iwan, Amelina, Sheeda &
     Cici Faramida

     (1996, Iwan)