DENGAR PLAYLIST
LAGU LAGU
PELBAGAI ARTIS

Dengar Ulangan Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 2Dengar Ulangan Playlist RENTAK AIDILFITRIDengar Ulangan Playlis SENANDUNG HARI RAYA

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD/kaset yang original)

PILIHAN KLASIK
AIDILFITRI
vol 1

(Seleksi Lagu Raya Sepanjang Zaman)

(Pelbagai Artis)

(7 September 2008)

 

Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 1 & 2 menyenaraikan sebahagian daripada lagu-lagu klasik Hari Raya (evergreen) yang sering menjadi pilihan pendengar dan stesen-stesen radio.  Ramai penyanyi-penyanyi terkemudian (sama ada penyanyi baru, popular atau ternama) merakamkan semula lagu klasik tersebut tetapi yang pasti yang asli tetap menjadi pilihan utama setiap kali menjelang raya.  Kemungkinan lagu raya yang dihasilkan ketika itu mudah diterima kerana melodinya simple, liriknya ringkas dan mudah diingati.  Penyanyinya pula berjaya menjiwai dan menghayati lagu tersebut.  Apakah kemungkinan ini menyebabkan lagu hari raya klasik sebegini terus malar segar menjadi lagu raya sepanjang zaman?

EMI merupakan satu-satunya syarikat rakaman yang banyak memegang hak cipta lagu-lagu klasik ini sering menerbitkan dan mengedarkan semula lagu-lagu tersebut berulang kali dengan pelbagai tajuk album, tetapi tetap mendapat sambutan apabila diedarkan.  Terasa tiada seri hari raya tanpa lagu-lagu klasik sebegini.  Yang lebih menakjubkan ada lagu-lagu tersebut telah pun berusia melebihi 30 tahun tetapi tetap gah di ruang udara.

Playlists: PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 1

  Selamat Hari Raya - Saloma
     (1969, Ahmad Jaafar)

  Dendang Perantau - P Ramlee
     (1965, P Ramlee)

  Pulang Di Hari Raya - Noor Kumalasari
     (1981, Syed Haron)

  Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda - Al Jawaher
     (1980, M Nasir)

  Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri
     (1972, Kassim Masdor / Yusnor Ef)

  Menjelang Hari Raya - DJ Dave
     (1977, S Atan / Kamalihudi)

  Di Pagi Aidilftiri - Rosemaria
     (1981, Syed Haron)

  Hari Raya Tanpa Ibu - Eddy Nor Ali
     (1981, Eddy Nor Ali)

  Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
     (1972, Kassim Masdor / Rafeah Buang)

  Selamat Hari Raya - Sudirman
     (1987, Sudirman)

  Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
     (1969, P Ramlee)

  Esok Hari Raya - Dr SAM
     (1986, M Nasir / S Amin Shahab)

  Doa Di Hari Mulia - Uji Rashid
     (1977, Ahmad Nawab / Erna)

  Cahaya Aidilftri - Black Dog Bone
     (1981, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Selamat Hari Raya - Fazedah Joned
     (1965, Kassim Masdor / Jins Shamsuddin)

  Joget Aidilfitri - Sanisah Huri
     (1977, Kassim Masdor / Yusnor Ef)

  Hari Yang Mulia - Sharifah Aini
     (1973, S Omar Osman)

  Hari Raya Bahagia - Jay Jay
     (Manan Ngah / Habsah Hassan)

  Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina
     (1986, Adnan Abu Hassan / Habsah Hassan)

  Tangan Kuhulur Maaf Kupohon - Al Mizan
      (1978, S Atan / Haron Abdul Majid)