|
SHARIFAH AINI SEBAGAI
PENULIS
LIRIK
Apa yang menarik
Biduanita Sharifah Aini bukan saja memiliki suara merdu tetapi juga
mempunyai bakat yang hebat sebagai penulis lirik. Di awal
kemunculannya dan di era kegemilangannya, banyak lirik yang
telah dihasilkan oleh beliau menjadi begitu popular apalagi dengan
kolaborasinya yang begitu serasi dengan pencipta dan penggubah hebat
di zaman itu Ahmad Nawab (kini bergelar Datuk). Jika anda
peminat setianya atau pencinta industri muzik tanahair, tiada siapa
dapat melupakan lirik lagu syahdunya hasil ciptaannya -
Tiada Maaf Bagimu,
Hapuslah
Airmatamu
(petikan filem),
Dekatlah
Padaku (lagu
saduran Jepun), yang kini masih menjadi 'trademark'nya ketika
membuat persembahan. Hayati pula lirik lagu Kau Tinggi Di
Awan Biru,
Pengorbanan,
Hatiku
Dicuri Lagi,
Engkau
Pendusta
yang
bukan saja menjadi nostalgia kepada penyanyinya sendiri tetapi juga
para peminatnya. Selain
menulis lirik lagu untuk nyanyiannya sendiri terdapat dua buah lagu yang
liriknya dibuat untuk rakan seperjuangannya, Uji Rashid (ketika itu sebagai
pendatang baru yang amat berjaya - bernaung dibawah syarikat EMI).
Lagu-lagu tersebut ialah
Kau Milik Hatiku dan
Di Manakah Dia
(kedua-duanya
lagu saduran Jepun). Manakala lagu
Seloka
Kasih,
liriknya dihasilkan oleh Sharifah Aini untuk dinyanyikan oleh biduan
Ahmad Jais, dan
Anak
liriknya ditulis dan dimuatkan dalam album sulung kumpulan Carefree
'Kebebasan' yang juga merupakan lagu saduran (Tagalog, Filipina)
nyanyian asal dan ciptaan Freddie Aguilar yang telah mendapat sambutan
seluruh dunia dan telah dialibahasa ke pelbagai bahasa. Bagaimanapun pertengahan 80an dan sehingga kini,
beliau ada juga menulis lirik untuk rakaman albumnya tetapi tidak seaktif di
awal pembabitannya. |
PENULIS LIRIK TERNAMA
Dalam tempoh 4 dekad
mewarnai
dunia seni, Biduanita ini
telah bekerjasama dengan ramai penulis lirik ternama. Sekitar
tahun 70an dan 80an, nama-nama seperti S Omar Osman, Haron Abdul
Majid, Raja Kobat, Habsah Hassan, Syed Haron,
Khairil Johari Johar, Siso dan Seri Bayu adalah nama yang begitu sinonim dengan
pembikinan album studio Sharifah Aini. Sebahagian nama-nama
besar tersebut juga merupakan pencipta lagu berkaliber, maka terhasillah
lagu-lagu hebat dan menjadi malar segar sehingga kini seperti
Kisah Yang Terjadi,
Hasrat Bertanya Hati Memuja, Kucurah Kasih
Dalam Lagu (saduran
lagu Hindi),
Terbang Helang, Mawar Putih Untuk Mama, Kau Yang Bernama,
Sabarlah
Sayang
dan banyak lagi. Di era 90an dan Millinneum pula Sharifah Aini membuka ruang lagu-lagu rakamannya untuk
ditulis oleh penulis-penulis muda yang juga bertindak sebagai
pencipta ataupun penerbit seperti Saari Amir (Hatiku
Sudah Patah),
Baiduri (Seribu
Mawar) dan
Pak Ngah (Yayadan).
Himpunan lirik yang dihasilkan bukan saja bertemakan cinta tetapi
bervariasi termasuk berunsur ketuhanan, kemanusiaan dan
nasihat. |