|

Telah 40 tahun
Sharifah Aini menjadi artis rakaman. Pastinya kemampuan beliau
membawa kepelbagaian genre lagu membolehkan lagu-lagunya diKLASIFIKASI
dalam kelas tertentu seperti Irama Melayu pelbagai rentak, pop, balada,
'rakaman semula', 'world music' dan dakwah. Beliau juga merupakan
artis rakaman yang paling banyak merakamkan lagu-lagu raya Aidilfitri,
lagu-lagu Inggeris dan berduet dengan ramai artis lelaki seperti M. Sani,
Broery Marantika, Ignatius (Sweet September), Ali Ahmed Anwar, Herman
Tino, Sudirman, Tan Sri Dato' S M Salim, Shamrin Fotograf, Joe Chandran
& Mac Chew.

NOVEMBER 24,
Baru saja CD
Biduanita Negara 1: Datuk Sharifah Aini di pasaran, kini kesinambungan
album tersebut BIDUANITA NEGARA 2 pula menjengah di pasaran. Album
nostalgia terkini ini disediakan dalam 5 CD dengan penambahan konsep
album duet, lagu-lagu versi Indonesia dan koleksi lagu-lagu Inggeris.
Teradapt 14 lagi
lagu yang tidak pernah di CDkan, dimuatkan dalam kompilasi ini
-
(1) Aku Engkau Dan
Irama, (2) Saat Hari Jadiku, (3) Pertemuan, (4) Rintihan Hati Pejuang
Seni, (5) Senandung Rindu, (6) Cinta Mewangi, (7) Airmata Seorang Insan,
(8) Downtown, (9) Runaway, (10) Love Pains, (11) You Know What To Do, (12) Trains,
Boats & Planes, (13) Let Me Take You In My Arms dan (14) You And I (duet with
Joe Chandran).
Nikmati kepuasan maksimum vokal Sharifah Aini dengan membeli album
original yang kini di pasaran.
NOVEMBER 2, 2011 -
Sempena penglibatan beliau 42 tahun dalam bidang nyanyian, EMI telah
menerbitkan sebuah album kompilasi yang mengandungi 100 buah lagu hit No
1 Sharifah Aini (digitally remastered) 'Biduanita
Negara Sharifah Aini - 1".
Bukan untuk peminat Sharifah Aini sahaja tetapi album kompilasi terbaik
ini patut dimiliki oleh semua pencinta industri muzik tanahair.
Album yang pasti membangkitkan nostalgia ini disediakan dalam 5 CD.
CD 1 - mengandungi lagu-lagu klasik era 70an, CD 2 - menghimpun lagu
tradisional / asli pop, CD3 - menyenaraikan lagu rancak, CD 4 - seleksi
lagu sentimental dan CD 5 - pilihan lagu sederhana rancak.
Teradapt 15 lagu yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD terdapat
dalam album kompilasi ini.
(1) Sejak
Berpisah, (2) Tangisan Di Malam Hari, (3) Kasihku Yang Dulu, (4)
Kenangan, (5) Jangan Ku Disalahkan, (6) Dusta, (7) Temanku, (8) Kasih
Berjauhan, (9) Dewi Rindu, (10) Badai Mimpi, (11) Engkaulah Harapan
Hidupku, (12) Cinta Di Musim Hujan, (13) Seragam Hijau, (14) Ku Berjauh
Hati, dan (15) Cinta Dan Rumahtangga.
Bagaimanapun masih banyak lagu merdu Sharifah Aini yang masih tercicir
dalam senarai antaranya
- Aku, Engkau Dan Irama, Ke Mana Ku Kan Pergi, Pertemuan, Joget Pusaka
Bangsa, Di Manakah Kau Kekasih, Rahsia Tangisanku, Kau Ku Sayang dan Kau
Menguji Hatiku.
Oktober
2, 2011
Sebuah album VCD
Karaoke berkembar, himpunan 30 Lagu Hit Kenangan Abadi LAGENDA HIT Datuk
Sharifah Aini (vokal asal) kini telah berada di pasaran. Sebelum
ini LAGENDA HIT Datuk Sharifah Aini pernah diterbitkan dalam format CD. |
.jpg)
Dengar playlist baru 'Tanpamu
Ku Sepi', 'Pujaan Klasik 4 Dekad vol 2' & 'Biduanita 3S vol 2' dendangan Permata Seni
Negara Datuk Sharifah Aini penghibur sepanjang zaman.

Sebelum ini banyak VCD
/ Karaoke Sharifah Aini yang diterbitkan tetapi tidak menampilkan
vokal original Sharifah Aini. Tetapi di pertengahan
2000, syarikat EMI mula menerbitkan VCD/MTV/Karaoke vokal original
'THE BEST OF SHARIFAH AINI' vol 1 sebagai memenuhi kehendak peminat
biduanita ini. Menerusi album VCD ini juga telah disisipkan klip video yang
dilakonkan beliau sendiri, seperti 'Seribu Mawar',
'Gerimis Mengundang', 'Seksa', 'Maafkanlah' dan 'Biar Ku Pergi'
(duet bersama Tan Sri S M Salim). Bagaimanapun agak dikesalkan,
walaupun Sharifah Aini banyak menghasilkan konsert yang berjaya
tetapi hanya sebuah VCD yang diterbitkan iaitu
'SHARIFAH AINI:
LEGENDARY VOICES in ONE UNFORGETTABLE NIGHT'
yang dilangsungkan di
Victoria Concert Hall, Singapura.
GALERI FOTO
menampilkan koleksi Wajah-wajah
Sharifah Aini 'Dulu & Sekarang'. Gambar wajah beliau diambil seawal tahun 1975 sehingga terkini daripada
majalah-majalah hiburan tempatan, LP, kaset dan CD beliau.
 |
KAK PAH TERMAKAN
PUJUKAN ELLIE
(20 Jan 2012)
Unique Visitors since April 25,
2007
project meditation
Hit Counter
Dikemaskini: 1
Febuari 2012
|