(semua lagu di laman
web ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini
sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan
daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD/kaset
yang original))
Playlist:
PUJAAN
KLASIK 4 DEKAD:
Versatile
(Seleksi
Pelbagai Irama Melayu)
(3 Febuari 2008)
Playlist
PUJAAN
KLASIK 4 DEKADmenghimpun 16 lagu-lagu klasik Sharifah Aini
yang bertunjangkan irama Melayu. Dengarkan 'permainan',
transformasi dan kematangan vokal Sharifah Aini selama 4 dekad dalam mewarnai pelbagai rentak
irama Melayu; lagu-lagu Melayu asli, deli, langgam, ghazal, gambus, zapin, keroncong, dondang sayang dan etnik
kontemporari.
Mungkin
ke'versatile' inilah yang menjadikan salah satu sebab beliau masih
gah dalam industri muzik hari ini. Bukan bias tetapi
setakat ini saya mendapati hanya Sharifah Aini yang mampu
dan berjaya membawa 3 buah lagu klasik yang cukup hebat
penciptaannya - Bunga Tanjung (ciptaan Ahmad Jaffar),
Burung Pungguk (Omar Bagushir) dan Teratai (Lili
Suhairy). Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membawa
lagu-lagu klasik sebegini kerana ia memerlukan kekuatan vokal
dan tenaga dalaman yang mapan.