Kembali ke Menu Utama Playlist Sharifah Aini

 

DENGAR VOKAL DAN LAGU-LAGU MERDU SHARIFAH AINI

Klik untuk lihat seleksi lagu playlist - Pujaan Klasik 4 Dekad:Versatile (Seleksi Pelbagai Irama Malaysia)

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD/kaset yang original))

PUJAAN KLASIK 4 DEKAD: Resah Bersalam

(Seleksi Terbaik Irama Malaysia vol 2)

1 Oktober 2011

Senarai lagu:

  Resah Bersalam 
     (2000, Ly / Baiduri)

  Satria Abadi  
    
(1973, Akbar Nawab / Noordin Che Din)

  Tiga Malam  
    
(1987, Lilis Suryani)

  Sejak Berpisah  
    
(1970, Copyright Control)

  Gunung Banang
    
(1982, Tradisional)

  Masih Ingat Masih Setia
    
(1985, Fauzi Marzuki / Haron Abdul Majid)

  Kisah Yang Lalu
     (1975, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Yang Tak Kesampaian
     (1988, A Ali / Habsah Hassan)

  Seri Andalas
     (1978, Tradisional)

  Tetamu Senja
     (
2005, Siso / A Samad Said)

  Pantun Kasih
     (1972, S Omar Osman)

  Airmata Kasih
     (1986, Copyright Control
)

  Kenang Daku Dalam Doamu 

     (1973, Ahmad Wan Yet)      

  Sri Tambak
     (1979, Tradisional / Hamzah Dolmat)    

  Fatwa Pujangga
     (1975, S Effendy)    

  Biar Ku Pergi (duet SM Salim)
     (2003, SM Salim)

Playlist PUJAAN KLASIK 4 DEKAD: Resah Bersalam vol 2 (kesinambungan playlist Pujaan Klasik 4 Dekad: Versatile).

Dengarkan 'permainan', transformasi dan kematangan vokal Sharifah Aini selama 4 dekad dalam mewarnai pelbagai rentak irama Melayu; lagu-lagu Melayu asli, deli, langgam, ghazal, gambus, zapin, keroncong, dondang sayang dan etnik kontemporari.

Mungkin ke'versatile' inilah yang menjadikan salah satu sebab beliau masih gah dalam industri muzik hari ini.  Bukan bias tetapi setakat ini saya mendapati hanya Sharifah Aini yang mampu dan berjaya membawa 3 buah lagu klasik yang cukup hebat penciptaannya - Bunga Tanjung (ciptaan Ahmad Jaffar), Burung Pungguk (Omar Bagushir) dan Teratai (Lili Suhairy).  Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membawa lagu-lagu klasik sebegini kerana ia memerlukan kekuatan vokal dan tenaga dalaman yang mapan.  

Nikmatilah vokal merdu biduanita Sharifah Aini ...