Kembali ke Menu Utama Playlist Sharifah Aini

 

DENGAR VOKAL DAN LAGU-LAGU MERDU SHARIFAH AINI

Dengar Playlist SURATAN ATAU KEBETULAN (Seleksi Pilihan Santapan Rohani)Dengar Playlist AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR - Sharifah Aini & Siti Nurhaliza

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

(Seleksi Lagu Raya Sharifah Aini)

7 September 2008

Senarai lagu:

  Ungkapan Hariraya

  Nostalgia Aidilfitri
     (1996, Pak Ngah / Logha)

  Bisikan Hati Di Pagi Raya
     (duet bersama Hail Amir)
     (1977, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Di Pintu Ampun
    
(2000, Copyright Control / Hairul Anuar Harun)

  Musafir Di Aidilfitri  (nyanyian asal S Jibeng)
     (1996, Amir Kasmadi)

  Inang Pelembang  (duet bersama Herman Tino)  

     (1984, Tradisional / Eunosasah)  

  Ketika Takbir Bergema
     (1987, Fauzi Marzuki / S Amin Shahab)

  Zapin Aidilfitri  (nyanyian asal Nas Atea)
     (1999, Tik / Ikhtiman)

  Dari Jauh Ku Pohon Maaf  (nyanyian asal Sudirman)
     (1999, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Ungkapan Hariraya II

  Minal Aidil
     (1999, Copyright Control / Sharifah Aini)

  Tudung Saji  (duet bersama Sudirman) 
     (1984, Tradisional / Eunosasah) 

  Joget Aidilfitri

     (1999, S Atan / Siso)

  Dendang Perantau  (nyanyian asal P Ramlee)
     (1996, P Ramlee)

  Suasana Hari Raya
    
(1977, Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Senandung Lebaran  (nyanyian asal Aishah)
     (1999, Pak Ngah / Siso)

  Hari Yang Mulia
    
(1973, S Omar Osman)

  Selamat Hari Raya  (nyanyian asal Saloma)
     (1996, Ahmad Jaffar)

Sharifah Aini merupakan satu-satunya penyanyi solo yang telah melahirkan album studio yang kesemuanya mengandungi lagu-lagu raya.  Album yang diberi tajuk Pilihan Klasik Aidilfitri (1997) cukup berjaya di pasaran apabila lagu Nostalgia Aidilfitri ciptaan Pak Ngah mendapat sambutan hebat dan kini menjadi salah satu lagu raya malar segar.  Untuk siri edaran semula, album ini telah ditukar tajuk kepada Nostalgia Aidilfitri dan sering dicetak semula, setiap kali  menjelang Hari Raya.

Saya cukup senang dengan vokal Sharifah Aini ketika membawa lagu-lagu raya yang berirama keMelayuan seperti Notalgia Aidilfitri, Zapin Aidilfitri, Senandung Lebaran dan Di Pintu Ampun.  Penghayatan dan lenggok suara beliau cukup membuat pendengar 'kerinduan' dengan mood Hari Raya .  Begitu juga permainan vokal Sharifah Aini cukup menyentuh perasaan ketika mengalunkan lagu cover version Musafir Di Aidilfitri.  Walaupun umum mengetahui lagu ini terlalu banyak versinya dan dinyanyikan ramai penyanyi saban tahun tetapi ternyata vokal Sharifah Aini menjadikan lagu tersebut berada di kelasnya sendiri.

Nikmati vokal merdu dan bertenaga daripada Sharifah Aini melalui playlist istimewa MINAL AIDIL WAL FAIZIN