Back To Sharifah Aini Homepage

 

DENGAR VOKAL DAN LAGU-LAGU MERDU SHARIFAH AINI

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD/kaset yang original)

 

Playlist:  DARIPADA MATA PENA ... SHARIFAH AINI

(Koleksi Lirik Nukilan Sharifah Aini)

(dikemaskini 1 Febuari 2012)

Selain mempunyai vokal yang hebat lagi unik, Sharifah Aini juga berbakat sebagai penulis lirik.  Lirik pertama nukilan beliau yang dirakamkan ialah 'Jasa Ninda' yang dimuatkan dalam EP sulungnya 'Seri Dewi Malam' (1970).  Lirik ini khas dedikasi kepada ninda beliau yang telah memelihara beliau sejak kecil lagi.  Sejak itu, Sharifah Aini terus aktif menulis lirik untuk albumnya sendiri (termasuk lagu-lagu saduran), tetapi kolaborasi beliau dengan penggubah dan penicpta Ahmad Nawab (1975-1978) dikira paling serasi.  Maka terhasillah banyak lagu-lagu hebat dan malar segar.  Manakala 'onak-duri' perjalanan dunia seninya diterjemahkan melalui lagu 'Rintihan Hati Pejuang Seni' (1979).  Penulisan lirik lagu nukilan Sharifah Aini juga verstile, bukan sahaja bertema cinta tetapi juga mengandungi unsur nasihat dan kemanusiaan dan keTuhanan.  Bagaimanapun di era 90 dan terkini, beliau tidak lagi berkarya seaktif sebelumnya.

Tahukah anda, Sharifah Aini juga pernah mencipta lagu?  Setakat ini hanya 2 buah lagu yang dihasilkan beliau - 'Siapa Yang Sudi Padaku' (1983) dan 'Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi)' (1984).  Bagaimanapun lagu-lagu tersebut kurang menonjol.  Sharifah Aini juga ada menulis lirik lagu saduran untuk Uji Rashid, 'Kau Milik Hatiku' dan 'Di Manakah Dia', manakala Biduan Ahmad Jais, 'Seloka Kasih' dan kumpulan Carefree 'Anak'.

Diperdengarkan playlist 'DARIPADA MATA PENA ...' yang merupakan sebahagian daripada himpunan lirk lagu terbaik nukilan Sharifah Aini.

 

 

  Rahsia Tangisanku 
     (1980, Copyright Control)

  Inikah Balasannya
     (19
74, Copyright Control)

  Rintihan Hati Pejuang Seni 
     (1979, S Atan)

  Cinta Mewangi
     (19
79, Bob Khalil)

  Cinta Dan Rumahtangga 
     (1980, Abbas Bakar)
 

  Selamat Tinggal Oh Sayang 
     (1980, S Atan)

  Saat Hari Jadiku 
     (1974, Copyright Control)
 

  Jangan Putarkan Lagumu 
     (1974, Copyright Control)

  Teman Bicara 
     (2003, Manan Ngah)
 

  Jasa Ninda 
     (1970, Kassim Masdor)

  Joget Gembira 
     (1977, Ahmad Nawab)
 

  Kasih Berjauhan 
     (1971, Ismail Md Taib)

  Lama Tak Jumpa (Hello Darling) 
     (1976, Copyright Control)
 

  Yatim Piatu 
     (1977, Ahmad Nawab)

  Manis Manis (featuring A Kadir)  
     (1975, Copyright Control)

  Pasangan Bahagia (duet M Sani)
     (1974, Ahmad Nawab)