![]() |
|
Playlist: AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR (Koleksi Lagu-Lagu Raya Sharifah Aini & Siti Nurhaliza) (22 Ogos 2010) |
||
|
Pada 19 Ogos lalu, hampir kebanyakan media cetak arus perdana menyiarkan kemesraan dua DIVA tersohor negara Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Syukur, Alhamdullilah 2 bintang kebanggaan negara ini akhirnya 'berdamai' setelah 6 tahun hubungan mereka dikatakan dingin. Cukup terharu apabila saat paling manis dalam sejarah hiburan dekad ini berlaku di bulan barakah Ramadhan al-Mubarak. Apa yang berlaku sebelumnya tidak perlu diungkit lagi. Keadaan ini diharap dapat dipergunakan sebaik mungkin oleh media elektronik untuk menggandingkan mereka dalam program hiburan atau pun pertunjukan pentas yang berprestig. Dan yang paling penting syarikat rakaman boleh menggandingkan mereka dalam pelbagai genre lagu untuk ditinggalkan sebagai warisan khazanah muzik tanahair. Sayang dan amat ralat jika 'projek' ini tidak dapat direalisasikan. Saya amat yakin berita kemesraan ini amat disenangi oleh hampir kesemua peminat kedua-dua bintang tersohor ini. Kepada peminat-peminat Kak Pah dan Siti saya hadiahkan playlist istimewa AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR sebagai permulaan di atas kemesraan mereka. Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan semoga terhibur ... |
|
|