E-mail pertama yang menjadi pilihan datangnya daripada
sdr Azman.  E-mail bertarikh 22 Mac 2011,  intipatinya cukup menarik dan banyak kebenarannya.  Sila baca e-mail tersebut, tanpa 'edit'
.

Assalammualaikum Saudara Carmahl,

Saya Azman, salah seorang peminat Datuk Sharifah Aini.  Harap teruskan usaha saudara untuk terus mendekatkan Kak Pah kita dengan peminat2 dan juga generasi baru.  Saya akan terus menyokong usaha saudara.

Saya juga mempunyai banyak koleksi kaset dan CD Kak Pah dari album 'Jangan Tinggalkan Daku' hinggalah ke 'Legenda Hits' termasuk gambar-gambar Kak Pah yang saya ambil dari keratan-keratan akhbar dan majallah lama.

Seperti saudara dan peminat-peminat Kak Pah yang lain saya berharap pihak WEA dapat mengedarkan kembali album-album Kak Pah yangg lama especially yang diterbitkan dalam tahun 80an termasuk album-album Inggeris beliau.

Satu lagi gelaran Biduanita Negara pada Kak Pah kita nampaknya tidak memberi apa-apa kesan pada pihak stesen-stesen radio mainstream (kecuali Klasik Nasional) untuk menyiarkan lagu-lagu beliau sehingga menjadi satu kejanggalan pada generasi-generasi baru apabila lagu-lagu itu beliau dendangkan di kaca TV.  Bayangkan lagu secantik dan merdu seperti 'Kau Tinggi Di Awan Biru' seperti 'terasing' bila didendangkan oleh biduanita ini dalam majlis berprestij seperti Juara Lagu kerana tiada sokongan dari stesen-stesen radio mainstream ini dalam usaha mengekalkan taraf biduanita beliau.  Sangat dikesalkan kadang-kadang lagu-lagu penyanyi lain walaupun diterbitkan dalam tahun 80an atau 90an masih mendapat tempat di stesen-stesen mereka tapi tidak lagu-lagu Sharifah Aini.  Kalau diteliti banyak lagu-lagu popular Kak Pah yang diterbitkan dalam tahun-tahun 80an atau 90an sesuai disiarkan tapi tiada sokongan.  Agak mengecewakan radio Sinar FM yg ber'tagline' 'Muzik Retro Terbaik' pun jarang memutar lagu-lagu Kak Pah.  Yang sering saya dengar awal pagi hanyalah lagu 'Hatiku DiCuri Lagi'.

Adakah Kak Pah hanya merakamkan sebuah lagu popular dan yg lain-lain tidak sesuai?  Sedangkan penyanyi retro yg lain saudara boleh dengar berbagai-bagai lagu dendangan mereka di Sinar FM.  Kadang-kadang saya bertanya adakah ini satu sabotaj atau? ... entahlah, saya fikir sesuatu harus dilakukan supaya 'jasa' beliau dihargai sejajar dengan title dan taraf yg beliau miliki.  Jangan sampai beliau sudah tiada di dunia ini baru usaha-usaha itu hendak dilakukan, sudah terlambat.

Sekian dari saya.