![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesinambungan daripada album sebelumnya, kini peminat Sharifah Aini dihidangkan lagi dengan sebahagian lagu-lagu popular dan terbaik beliau melalui siri 'Biduanita Negara 2'. Album yang pasti membangkitkan nostalgia ini juga disediakan dalam 5 CD. Lebih menarik apabila himpunan lagu-lagu Inggeris dan duet Sharifah Aini juga diketengahkan. Timbul pertanyaan kenapa lagu duet Sharifah Aini bersama Broery, Latiff Ibrahim dan Tan Sri SM Salim tercicir dari senarai, sedangkan kita tahu artis-artis tersebut pernah menjadi artis rakaman syarikat EMI dan Warner Music. Tentu tidak menjadi masalah untuk menggabungkan mereka dalam satu projek hebat sebegini walaupun ia hanya sebuah album kompilasi. |
||||