![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
Produksi asal album LELA MANJA telah diterbitkan pada tahun 1979. Setelah 30 tahun, album ini diedarkan semula dengan judul baru KENANGAN LELA MANJA dengan cover yang lebih menarik. Lebih istimewa apabila terdapat penambahan 9 lagu bonus yang jarang diterbitkan dalam format CD* terutamanya lagu 'Satria Abadi', 'Mak Inang Pulau Kampai', 'Sri Banang' dan 'Siti Payong'. Bagaimanapun ini bukan kali pertama LELA MANJA diedar semula kerana pada tahun 1991 ia pernah menjengah di pasaran setelah melalui proses adunan semula di Jerman untuk edaran format CD. |
||||