Kah Pah Menusuk Jiwa
Memang Album Luar Biasa
Album Baru Kak Pah Muncul 25 Oktober Ini
Bukan Cinta Biasa
Sharifah Aini Curah Rasa Hati
Dalam Album
|
KAK PAH MENUSUK JIWA Ekspresi Muzik Elly (Harian Metro, 14 Februari 2006) |
|
Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengkategorikan album ini. Sebab selain lagu, album ini juga turut memuatkan beberapa petikan surah yang dibacakan sendiri oleh biduanita negara ini. Namun, tanpa membabitkan sama petikan surah itu, pop dakwah bagi saya lebih menepati genre muzik album ini kerana kebanyakan lagu yang dimuatkan lebih berteraskan muzik pop. Apapun, 'kekuatan' album ini sebenarnya lebih terletak kepada bacaan setiap petikan surah yang dimuatkan iaitu Surah Al Mukminun (Ayat 1-5), Surah Al-Mulk (Ayat 1-2), Surah Al-Maidah (Ayat 7) serta Surah Ar-Rahman (Ayat 25-30). Ada sebab mengapa saya berkata begitu. Bagi mereka yang tidak sempat menyaksikan kehandalan Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah sebagai qariah pada zaman kanak-kanak dan remajanya (terutama mereka yang lahir pada 1975 hinggalah sekarang), inilah masanya. Sememangnya Kak Pah seorang qariah yang tulen. Daripada bacaan petikan surah itu saja, anda sudah mampu menilai ketokohannya sebagai qariah. Malah daripada cara penyampaian, intonasi, tajwid mahu pun adab serta tata tertibnya tatkala mengalunkan bacaan ayat al-Quran itu, memang nampak jelas sekali kesempurnaannya. Hingga terasa sekali ia menusuk ke jiwa. Terutama apabila Kak Pah membacakan petikan Surah Al-Rahman. Sayangnya, terlalu singkat petikan surah yang dimuatkan Kak Pah di dalam album ini. Tak puas mendengarnya. Harap-harap, selepas ini Kak Pah akan pertimbangkan pula permintaan ramai untuk mendengarnya membaca setiap surah secara penuh, mahupun secara juzuk. Bagi lagu yang dimuatkan dalam album ini, kebanyakannya memang mempunyai mesej yang menepati konsep album ini. Ada antaranya memang lagu yang dibawa Kak Pah sendiri seperti Keluhan Hatimu, Yayadan, Ku Pohon Keredhaanmu, Qasidah Di Jabal Rahmah serta Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah). Ada pula lagu orang lain yang didendangkan semula seperti Permaidani, Selimut Putih/Keagungan Tuhan serta puisi Datuk A Samad Said, Tetamu Senja yang dibawanya semula. Malah, sebuah lagu baru ciptaan Yasin, Breaking The Silence turut dimuatkan. Ia menceritakan luahan serta isi hati Kak Pah mengenai kontroversi yang menimpa dirinya. |
Kembali Ke Senarai Artikel & Ulasan Album
MEMANG ALBUM LUAR BIASA
oleh Suzan Ahmad (Bi
Pop: Berita Minggu, 27 November 2005)
Bagai lahir satu perasaan sayu
jauh di sanubari tatkala mendengarkan album ini. Saya membenarkan hati ini
untuk menyelami setiap kalimah dan ayat yang dibacakan. BUKAN CINTA
BIASA nyata bukan sebuah album biasa, Ia tambah luar biasa kerana menjadi
antara hasilan terbaru Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang diterbitkan
khusus sempena Ramadan dan Syawal.
Kalau selalu mendengar alunan lunak merdu kak Pah dalam
membawakan lagu yang berkonsep ketuhanan namun beliau tidak pernah tampil dengan
sebuah album begini. Tersentuh hati apabila mendengar vokal qariah kak Pah dalam
menyempurnakan bacaan empat ayat suci yang ringkas dalam album ini iaitu Surah al-Mukminun (Ayat 1-5),
Surah al-Mulk (Ayat
1-2), Surah al-Maidah (Ayat 7), dan Surah ar-Rahman
(Ayat 25-30). Unik lagi tersendiri.
Suka saya menyatakan bagaimana lagu Sketsa Kehidupan
ciptaan The Zikr dan Nazri Johani mampu menyapa hati insani dengan kesimpulan
tujuan arah hidup manusia yang sebenar-benarnya. Benarlah kata lagu itu "Bila
selangkah kurapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku."
BUKAN CINTA BIASA turut
menawarkan dua lagu yang diberikan nafas baru iaitu Breaking The Silence
dan Tetamu Senja. Selainnya menceriakan lagi BUKAN CINTA BIASA
ialah Yayadan, Permaidani, Kupohon KeredhaanMu, Selimut Putih & Keagungan
Tuhan, Inikah Manusia, Kalam Jauhari, Fitrah Insani dan banyak lagi. Jelas
BUKAN CINTA BIASA album yang penuh unsur kerohanian yang mampu menjadi
santapan jiwa. Ia bisa membawa kita ke arah kesedaran dan keinsafan, insyaAllah.
Kembali Ke Senarai Artikel & Ulasan Album
ALBUM BARU KAK PAH MUNCUL
25 OKTOBER INI
oleh Raja Nurfatimah
Mawar Mohamed (Bi Pop: Berita Minggu, 23 Oktober 2005)
Sudah banyak ranjau dan duri 'dipijak'
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini selama tempoh 38 tahun bergelar anak seni. Namun langkahnya itu tidak pernah tersekat atau terhenti berkat keyakinan,
ketabahan, usaha serta doa yang tulus. Biarpun pernah terjebak dengan pelbagai
kontroversi, Sharifah sentiasa gagah menghadapinya. Sesudah melancarkan buku
kontroversi Breaking The Silence, bulan lalu, penghibur evergreen itu
muncul lagi bersama sebuah album istimewa buat peminatnya. Bertepatan
dengan judulnya BUKAN CINTA BIASA, album itu menampilkan barisan lagu
berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan naungan syarikatnya yang setia, EMI
Malaysia. Mula berada di pasaran pada 25 Oktober ini, BUKAN CINTA BIASA
padat dengan elemen kemanusiaan dan keinsafan. Untuk memperkenalkan album itu,
single pertama, Breaking The Silence karya Yasin, dipertaruhkan
sebagai halwa telinga. Ia memaparkan perjalanan pahit dan manis penyanyi lagu 'Bunga
Tanjung' itu dalam mengharungi kehidupan.
Selain Breaking The Silence dan Tetamu
Senja, lagu lain yang turut dimuatkan dalam album BUKAN CINTA BIASA
ialah Permaidani, Ku Pohon Keredhaan Mu, Sketsa Kehidupan, Selimut Putih,
Qasidah Di Jabal Rahmah, Yayadan, Kalam Jauhari, Keluhan Hatiku, Inikah
Balasannya, Kisah Yang Lalu, Kepulangan Dalam Iman, Fitrah Insani dan Tiada Yang Kekal Melainkan Allah.
Apa yang menarik, buat julung kalinya, Sharifah
menyelitkan petikan empat bacaan ayat suci al-Quran dalam album unik itu. Empat
surah itu adalah Surah Al Mukminun (Ayat 1-5), Surah Al-Mulk
(Ayat 1-2), Surah Al Maidah (Ayat 7) dan Surah Ar-Rahman
(Ayat 25-30). Berselang-seli dengan pembacaannya, terjemahan untuk ayat terbabit
juga diselitkan. Sharifah benar-benar berharap, album berkenaan akan menjadi
santapan rohani kepada mereka yang sudi menikmati dan menghayatinya.
"Album ini bukan khusus untuk dihayati ketika Ramadan
saja malah sesuai didengar pada bila-bila masa. Saya juga mendapatkan nasihat
daripada Asri Rabbani dan rakannya, Ustaz Saiful, terlebih dulu sebelum memilih
keempat-empat surah itu," kata Sharifah. Sementara itu, beliau kini masih
berada di Tanah Suci Makkah kerana menunaikan umrah. Turut bersamanya sekumpulan
peminat yang berangkat ke sana lebih awal dan mereka akan kembali menjelang
Aidilfitri kelak.
Kembali Ke Senarai Artikel & Ulasan Album
BUKAN CINTA BIASA
oleh Zul Husni Abdul Hamid (Berita
Harian, Jumaat, 21 Oktober 2005)
KAK PAH ABADIKAN DIRI DI
MAKKAH
Kembali Ke Senarai Artikel & Ulasan Album
SHARIFAH AINI CURAH RASA
HATI DALAM ALBUM
oleh Serimah Mohd
Sallehuddin (Berita Harian - Selasa, 4 Oktober 2005)
MENGABADIKAN DIRI KEPADA
TUHAN
Kembali Ke Senarai Artikel & Ulasan Album
Bagi Sharifah,
Breaking The
Silence adalah sebuah lagu motivasi yang menyemarakkan pendengarnya.
"Ia cukup bererti buat diri saya. Liriknya ada kaitan dengan perjalanan hidup
saya dan mungkin juga ada kena mengena dengan pendengar di luar sana. Nyata
Yasin seorang komposer dan penerbit muda yang kreatif. Dia memahami situasi yang
melanda diri saya selama ini dan kami banyak bekerjasama di studio rakaman,"
jelas Sharifah. Beliau berkata, lagu Tetamu Senja pula
dipetik daripada puisi karya sasterawan handalan, Datuk A Samad Said. Susunan
muziknya diperindahkan lagi dengan adanya iringan alat muzik tradisional seperti
gambus. "Sajak tulisan Datuk A Samad Said itu cukup bererti kerana ia
terselit kata-kata yang mengingatkan kita mengenai kelalaian diri tatkala hari
beransur senja," katanya.


