Aslirama

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hapuslah Airmatamu

Bergembira Di Hari Raya

Sumber Ilhamku

Album Melayu Deli

Abadi Dalam Sanjungan

Album Melayu Deli II

Deli Aidilfitri

Hitam Putih Kehidupan

Salam Aidilfitri

Juara Mimpi
(Fotograf)

Silat Legenda

Senandung Johor 2:
Pusaka Bangsa

PLAN B
(Too Phat)

Sekarang Dah Jadi
(Tan Sri Dato'
S M Salim)

Puisi Tradisional:
Syair Dan Gurindam
Jilid 2

 

ARTIKEL DAN ULASAN ALBUM

  Gandingan Sharifah Aini & Too Phat Menjadi

 

 

GANDINGAN SHARIFAH AINI DAN TOO PHAT MENJADI

(Pancaindera: Mingguan Malaysia, 1 Julai 2001)

Kesudian penghibur evergreen tanah air, Sharifah Aini menghadiri majlis pelancaran album TOO PHAT - PLAN B di pusat hiburan Planet Hollywood, Kuala Lumpur, baru-baru ini merupakan sesuatu yang amat istimewa. Ramai menjangka bintang penuh tahi lalat itu tidak akan hadir, namun sangkaan tersebut meleset sama sekali. Jiwa penyayang yang tersemat dalam diri Sharifah cukup tebal dan kerana itu beliau tidak sanggup mengecewakan perasaan mereka yang rapat di sekelilingnya. Sharifah bukan sahaja hadir sebagai tetamu istimewa di majlis pelancaran album tersebut di mana beliau bergabung suara dengan Malique dan Joe dalam lagu berjudul 'You', malah beliau turut berganding bahu menyanyikan lagu tersebut.

Gandingan mantap daripada dua generasi dan aliran muzik yang berbeza - Sharifah Aini & Too Phat"Kak Ani rasa berbangga kerana ada generasi muda yang berminat untuk bekerjasama dengan penyanyi seperti Kak Ani. Ini membuktikan penyanyi generasi baru di Malaysia berani dan mempunyai kreativiti yang hebat dalam berkarya," jelas Sharifah kepada Pancaindera ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Bagi seorang artis yang sudah lama berjuang dalam bidang seni dan menempa nama sebagai penghibur ternama, kesudian Sharifah berganding suara dengan dua anak muda seperti Malique dan Joe cukup mengejutkan banyak pihak. Lebih-lebih lagi, Sharifah dan Too Phat muncul dalam lagu berkonsepkan hip hop. Ini sesuatu yang cukup baru buat Sharifah. "Sebagai penyanyi, Kak Ani berpendapat inilah peluang terbaik bagi saya untuk menarik minat dan perhatian generasi muda," katanya menjawab persoalan banyak pihak mengenai kesudiannya berganding suara dengan Too Phat.

Sementara itu, kedua-dua anggota kumpulan Too Phat, Malique dan Joe begitu bangga dengan pencapaian album terbaru mereka itu yang mencatat angka jualan 15,000 unit. "Pencapaian ini harus dipertingkatkan lagi dan kami yakin jualan album ini akan meningkat lagi pada masa hadapan," kata mereka. Sehubungan itu, Malique dan Joe berkata, syarikat rakaman Positive Tone sudah merangka jadual promosi dan mereka dijangka akan bergerak ke seluruh Malaysia untuk bertemu peminat-peminat mereka dengan lebih dekat lagi. Selain lagu You, album PLAN B turut memuatkan lagu Anak Ayam yang begitu popular dan sering diputarkan di radio. PLAN B menampilkan kreativiti dua sahabat yang mula mengenali satu sama lain menerusi Internet beberapa tahun dahulu.

Kembali Ke Senarai Artikel & Ulasan Album