Kak Pah Tarik Diri Daripada Mentor?

(Berita Harian - Isnin, 25 April 2011)

Sharifah Aini dan ShihaBaru baru ini, ketika Cik Normah sedang leka menjamah nasi lemak panas sambil bercerita mengenai kehangatan Mentor 5 bersama beberapa teman yang turut mengikuti program itu.  Suapan Cik Normah terhenti sebentar tatkala mendengar cerita daripada seorang teman.  Mana tidaknya, dikhabarkan mentor kepada Shiha, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah berura-ura nak tarik diri daripada program terbabit.

Kenapa pula?  Teman Cik Normah yang boleh tahan comelnya memulakan cerita, khabarnya Kak Pah nak tarik diri sebab terbaca komen yang kurang enak di Internet.  Kata teman Cik Normah lagi, Kak Pah terkilan kerana ada yang mendakwa dirinya tak mampu nak bawa Shiha pergi jauh setelah mata yang diperoleh pada konsert ketiga merosot.

Kalau betul pun markah Shiha merosot pada konsert ketiga lalu, takkan Kak Pah mudah berputus asa.  Kak Pah yang Cik Normah kenal bukan macam itu orangnya.  Lagipun, Cik Normah nampak, Shiha ada peningkatannya pada setiap persembahan.  Kalau sekali-sekala kena tegur dek juri, itu perkara biasa.  Bukan bermakna protege tidak bagus atau mentornya gagal memberikan didikan terbaik, tetapi setiap manusia kan ada kelemahan.  Jadikan ia sebagai penguat semangat untuk memberikan persembahan lebih baik pada konsert seterusnya.

Lebih memeranjatkan Cik Normah, Kak Pah dikatakan menangis ketika menyuarakan isi hatinya itu kepada seorang rakan.  Isy, takkanlah sampai macam itu sekali.  Itu baru konsert ketiga, maknanya belum terlambat untuk memperbaiki mana-mana kelemahan yang dirasakan ada.  Janganlah kerana komen sesetengah pihak, Kak Pah cepat mengalah.  Orang yang suka memberikan komen di Internet itu pun belum tentu arif pasal muzik.  Ini juga bermakna ramai yang sedang mengikuti perkembangan Shiha.  Alaaa, Kak Pah, kalau nak dengar cakap orang,memang semua perkara dianggap tak betul saja!

Harapan Cik Normah, janganlah Kak Pah mudah tearasa dengan segalakomen yang ditulis di Internet.

Kembali Ke Menu Utama Artikel Artikel Menarik Sharifah Aini

Artikel dipetik melalui ruangan DENGARNYA ...

Artikel ini disiarkan melalui akhbar sisipan Berita Harian, Hip.