Kak Pah Pun Masuk Wad Juga(Harian Metro - Sabtu, 31 Disember 2011) |
|
Sekalipun tidak berpeluang ke Auditorium Perdana Angkasapuri untuk menyaksikan Konsert Budi Setahun Segunung Intan yang diterbitkan bagi mengenang jasa Allahyarham Biduan Negara Datuk Ahmad Jais, baru-baru ini, SS lega kerana sempat menonton secara langsung di TV1. Hajat di hati memang mahu pergi menonton sendiri depan mata tapi disebabkan ada hal lain, terpaksalah SS duduk saja depan kaca TV. Tidak dinafikan SS tertunggu-tunggu program ini kerana pertamanya, ia menampilkan ramai artis baru dan lama seperti Haziq, Alyah, Salamiah Hassan, Datuk Yusni Hamid, Eddie Nazri, Datuk Andre Goh, Muhaizam dan Amir Sofaz. Faktor kedua, SS memang rindukan kemunculan biduanita Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah yang mendendangkan lagu Menanti Di Ambang Syurga yang mendapat tepukan gemuruh peminat termasuk Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Maznah Rais. Walaupun suara Kak Pah serak-serak basah sebab dia demam minggu lalu, SS tetap kagum dan terhibur dengan lenggok asli dan aura Kak Pah itu. Pada Isnin lalu, apabila SS masuk pejabat, Barulah SS dapat tahu cerita sebenar kenapa suara artis kesukaan SS ini serak-serak basah. Cerita sebenar, Kak Pah selepas berakhir Konsert Tiga Sahabat pada minggu sebelumnya, terus dimasukkan ke hospital akibat terlalu penat bertungkus lumus membuat persiapan beberapa bulan sebelumnya. Kak Pah hanya dibenarkan keluar hospital pada Khamis lalu dan hanya sempat menjalani latihan dengan Orkestra RTM pada Jumaat. Dia minta rakan SS merahsiakan hal ini, tetapi rasanya tidak salah SS menulis kerana semangat Kak Pah memang kental. Masa Konsert Tiga Sahabat, ia dapat sambutan hangat termasuk dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Terlanjur berbual mengenai Allahyarham
Datuk Ahmad Jais, Kak Pah berterus terang tidak puas hanya menyanyikan
sebuah lagu pada malam itu. Ikut hajat di hati, dia sebenarnya mahu buat
segmen ‘tribute’ terhadap arwah dalam Konsert Tiga Sahabat tapi
kesuntukan masa pula. Artikel dipetik melalui ruangan SOSEH-SOSEH. Artikel ini disiarkan melalui akhbar sisipan Harian Metro, RAP,
|