Berat 'body' kak Sharifah Aini kita naik
lagi. Nampak tembam pipi tu. Katanya: "Ya ... betul berat
badan kak Aini naik dalam sebulan lalu. Ramai kawan tegur kenapa
nampak berisi balik. Ada yang ingat kak Aini susah hati sebab
Aliff dah belajar di Madinah. Maklum kalau susah hati kak Aini
kuat makan, tapi kali ni berat badan naik bukan kerana susah hati tapi
sebab senang hati.
"You tahu Huzz ... sebulan lalu kak Aini sibuk
menjamah kek dan biskut beraneka jenis termasuklah serunding ayam, daging dan
ikan. Semuanya kerana nak memastikan mutu segala macam makanan yang
ditempah daripada pakar yang kami pilih betul-betul sedap. Semua itu
ditempah untuk bisnes yang kak Aini buat menjelang raya dan musim perayaan lain.
Pelanggan sudah mula menempah bungkusan kek, biskut moden, tradisional dan
serunding untuk musim raya. Kebanyakannya badan korporat yang membelinya
untuk dihantar kepada pelanggan mereka di merata tempat. "Paling
dijaga
ialah kualiti perkhidmatan syarikat yang kak Aini terajui sekarang bersama rakan
kongsi iaitu Pods & Petal's Giftlab (menyediakan segala macam tempahan
hadiah dan bungaan)."
Wah
... masa Huzz ke istana kak Pah minggu sudah, Huzz jumpa wakil beberapa
syarikat korporat yang datang menjenguk contoh bungkusan kuih-muih dan kek
untuk tempahan raya. Amboi biskutnya comel dan gebu-gebu, begitulah
keknya. Begitu diteliti mutunya ye. Ada yang terus bikin
tempahan untuk dihantar kepada pelanggan mereka. Mana tidaknya, memang
kualiti mutu kerjanya tak boleh dipertikaikan. Cantik-cantik belaka.
Harga berpatutan. Mengikut kemampuan dan kehendak pelanggan.
Bukan saja raya, untuk perayaan lain pun ada. Hantaran kahwin pun ada.
Termasuklah untuk tempahan bulan puasa, kiriman kurma juga diminta.
Kami akan menjadikan semua tempahan ini realiti yang menjanjikan kepuasan
pelanggan."
Inilah sebahagian gambar sentuhan tangan
gubahan hadiah, bunga, biskut dan barangan hantaran yang diambil di
rumah kak Pah. Kak Pah tak izin keluarkan semua gambar, katanya
takut nanti ada orang meniru sentuhan tangannya! Minggu lalu sejak
ditulis pasa bisnes kak Pah, ada peminat memohon Huzz menyiarkan alamat
syarikatnya. Maklumlah setakat nombor telefon dan faksimile aje
ada yang tak puas hati. Okey, anda boleh ke sana atau hubungi
Aidil, Rosman atau Mariina untuk membuat tempahan. Faksimile ialah
03-79573233, alamatnya ialah No.
15, Jalan 14/37 46100 Petaling Jaya.

Artikel dipetik
melalui ruangan SEJENAK BERSAMA yang dikendalikan wartawan Huzz.
Artikel ini disiarkan melalui
akhbar sisipan Mingguan
Malaysia, Pancaindera.