|
KEFLI AF3
"Ummie melayan kami dengan penuh
mesra, macam anaknya sendiri. Walaupun Ummie berkedudukan
tinggi, dia amat merendah diri. Saya bangga kerana Ummie
adalah artis evergreen tempatan yang masih bertahan,
seorang living legend. Bayangkan selama 38 tahun
Ummie bergelumang dalam dunia seni, dia berjaya menghasilkan
lebih 90 album! Ummie juga bersemangat kental.
Mendengar nasihatnya sebentar tadi, saya makin bersemangat untuk
mengorak langkah. Kalau Ummie tak keberatan, saya teringin
sangat nak belajar menyanyi lagu asli, ghazal dan keroncong.
Hari ini saya berpeluang beraya dengan seorang diva. Hai,
rasa macam mimpi!"
ANDING AF2
"Saya sangat excited! Ummie
memang macam ibu saya. Walaupun hanya sejam dua kami
bersembang dengannya, Ummie sempat menurunkan pengalamannya
kepada kami, Ummie memang tak lokek ilmu! Saya rasa
sungguh bertuah kerana banyak yang dapat dipelajari daripada
Ummie. Tak semua akan dapat peluang seperti kami yang
datang beraya ke rumahnya hari ini. Ummie nyata bekerja
keras sehingga mampu mengecapi kejayaan. Kejayaan Ummie
menjadi sumber inspirasi saya."
EDLIN AF2
"Saya kagum dengan ketabahan Ummie
Sharifah. Walaupun dilanda kontroversi, beliau tetap
'cool'. Mungkin Ummie sentiasa berdoa, suatu hari nanti
kebenaran akan berpihak kepadanya. Ummie juga sentiasa
mengingatkan kami supaya terus belajar. Ummie tak mahu
kami jadi hipokrit. Dengan kesempatan yang ada, mulai
tahun depan, insya-Allah saya akan melanjutkan pelajaran di
Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) untuk diploma
lanjutan pengurusun hotel. Ummie pesan, kalau nak jadi
penyanyi mesti ada plan A dan B. Kalau satu hari nanti
kita dah tak jadi artis, kita boleh memilih plan B, membuka
perniagaan misalnya, sebab itu mesti ada ilmu. Saya
bersyukur selain menyanyi, saya juga menjadi pengacara 'Seleksi
1' di RTM setiap Sabtu, jam 11.30 pagi."
MARHSA AF3
"Ummie sedia berkongsi
pengalamannya selama hampir 40 tahun bergelar anak seni.
Cara Ummie melayan kami membuatkan saya terharu kerana dia
seperti ibu saya. Walaupun ibu saya jauh di Sabah, apabila
Ummie memeluk saya, seolah-olah diri saya dipeluk oleh ibu
sendiri. Itulah istimewanya Ummi Sharifah! Ummie
juga terlalu merendah diri, sifat keibuannya terserlah.
Ummie marah kalau saya panggil dirinya Datuk. Saya seperti
bermimpi apabila hari ini berpeluang menjejak kaki di rumah
Ummie untuk berhari raya. Dulu Ummie pengkritik ketika
saya masih di dalam AF3, tapi hari ini Ummie macam ibu saya."
AKMA AF3
"Sebelum jumpa Ummie, saya ingat
dia seorang yang tegas, tapi rupa-rupanya sangat friendly.
Saya akan ingat pesanan Ummie sampai bila-bila. Kata Ummie,
apabila dapat duit show, jangan rancang masa depan untuk setahun
dua, sebaliknya untuk 30 atau 40 tahun akan datang! Selama
38 tahun Ummie berjuang dalam duia seni, macam-macam kontroversi
yang ditempuhinya, tapi tak pernah melatah. Saya sendiri
apabila dilanda kontroversi, terasa juga di hati ini.
Ummie kata dia seorang fighter! Justeru, saya juga
ingin menjadi sepertinya, tabah dan kuat menghadapi dugaan dan
cabaran dunia seni. Insya-Allah, tak lama lagi saya akan
menyambung pengajian diploma seni muzik di Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Shah Alam kerana Ummie memberi peringatan, jangan
lali terhadap pelajaran."
YAZER AF3
"Saya lihat peminat tidak pernah
berganjak daripada Ummie Sharifah. Kepercayaan peminat
terhadap beliau terlalu tinggi. Komitment Ummie kepada
industri seni membuatkan orang sekelilingnya lebih mempercayai
kata-katanya dari mendengar khabar angin yang bertujuan
menjatuhkannya. Industri seni ada pasang surutnya.
Sebab itu Ummie minta kami bersedia dengan plan A dan B.
Menyanyi, kita glamor, tapi kalau tak berharta, tak ada gunanya.
Bagi Ummie, industri hiburan adakala bersikap kejam, justeru
Ummie mahu kita sentiasa berwaspada, kalau ada tekanan, macam
mana nak hadapi. Ummie memang seorang fighter!" |





SHARIFAH AINI
"Tak sangka, artis generasi muda
masih sudi beraya di rumah saya. Saya terlalu gembira
kerana kehadiran mereka seolah-olah macam anak saya, Aliff
pulang berhari raya. Lepas rindu saya kepada Aliff selepas
melihat wajah Kefli, Anding, Yazer, Marsha, Akma dan Edlin.
Saya dah anggap mereka macam anak sendiri. Dalam pada itu,
alhmadulillah, album terbaru saya, Bukan Cinta Biasa,
sudahpun berada di pasaran mulai 25 Oktober lalu. Inilah
rezeki anak-anak namanya. Dalam kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua peminat dan
pembaca Bintang Popular." |