|
SALING TERUJA oleh Serimah Mohd Sallehuddin (Berita Harian - Isnin, 19 April 2010) |
||
|
|
Buat kali pertama, Datuk Sharifah Aini dan Mawi berkongsi pentas rai Hari Ibu di Palace of the Golden Horses pada 28 Mei Seorang bergelar Biduanita Negara dan berada dalam industri hiburan lebih 40 tahun. Seorang lagi pula pernah bergelar Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut dan memegang gelaran Penyanyi Popular selama empat tahun sehinggalah gelaran itu dirampas Aizat dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. |
|
|
Namun sempena Hari Ibu, Datuk Sharifah Aini dan Asmawi Ani akan berkongsi pentas pada 28 Mei ini di Palace of the Golden Horses. Persembahan yang bakal menyaksikan pertemuan dua generasi itu adalah gandingan pertama mereka. Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah berkata idea mengundang Raja SMS itu tercetus kerana memikirkan mereka mempunyai kalangan peminat yang sama. Kebetulan pula kedua-dua penyanyi itu berasal dari Johor. "Kak Pah memang tidak sabar menantikan malam itu apatah lagi ia juga bakal menyaksikan gandingan pertama Kak Pah dan Mawi. Kak Pah mengundang Mawi kerana kami berkongsi kalangan peminat yang sama. Pada malam itu, Kak Pah dan Mawi akan berduet," katanya dalam sidang media To Mum With Love di Hotel Palace Of The Golden Horses (POTGH), baru-baru ini.
Sementara itu, Mawi pula melahirkan rasa berbesar hati kerana dapat bergandingan dengan idolanya. Selama ini, dia memang amat mengagumi Biduanita Negara itu. Bukan saja kerana popularitinya, tetapi kerana kemerduan suaranya ketika mengalunkan lagu. "Saya berasa amat teruja kerana tidak pernah lagi bekerjasama dengan Datuk. Sebelum ini saya sering mengikuti perkembangannya, tetapi tak sangka pula akhirnya saya berpeluang berkongsi pentas dengan seorang penyanyi hebat seperti beliau," kata Mawi yang bakal mendendangkan antara lima hingga enam buah lagu.
"Kak Pah sentiasa berpegang kepada sebuah bidalan Inggeris yang berbunyi I’m Not Afraid Of Tomorrow, I Have Seen Yesterday and I Love Today. Daripada bidalan itu, Kak Pah cuba mengelakkan diri daripada melayan rasa emosi. "Kak Pah tak suka duduk bersendirian dan melayan emosi kerana ia hanya akan membuatkan Kak Pah tertekan. Memang tak dinafikan, Kak Pah sedih kerana berjauhan dengan anak tetapi dia ke sana pun untuk belajar. Menangis sesekali boleh tetapi Kak Pah tak suka tertekan tidak tentu arah," bicara wanita itu yang anggun berbaju kurung.
"Hadiah gula mentah kristal itu terlalu istimewa kerana Aliff mengetahui Kak Pah tidak suka makan manis. Selain itu, setiap tahun Aliff memang tak lupa membelikan Kak Pah kain untuk dibuat baju kurung. Peminat juga kerap menghadiahkan Kak Pah kain kerana mereka mengetahui Kak Pah suka berbaju kurung. Baju kurung bukan saja selesa, tetapi sesuai untuk digayakan ke mana saja," katanya. |
||
|
INFO
|
|
|
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan sila klik tajuk berikut: |
|
|