|
‘SAYA SENTIASA MAHU BEKERJASAMA' oleh Wan Asrudi Wan Hasan (Harian Metro - Isnin, 14 Disember 2009) |
|
Kolaborasi mereka ternyata mempunyai tarikan tersendiri dan menghiburkan kira-kira 400 penonton. Penonton buat julung kali menyaksikan persembahan duet Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa kak Pah bersama Anuar Zain menerusi lagu Keabadian Cinta dan Getaran Jiwa. Begitu juga persembahan trio di hujung konsert dengan lagu medley popular sekitar 1970-an termasuk lagu Tiada Maaf Bagimu dan beberapa lagu Inggeris.
Dalam kerancakan merancang mengadakan konsert disamping beramal, kak Pah juga meluahkan kekecewaan disebabkan kesukaran mendapatkan sokongan penajaan. Sehinggakan pelbagai usaha dilakukan demi memastikan perancangan mengadakan konsert di samping aktiviti amal dapat dilaksanakan. Malah kak Pah turut menolak dakwaan segelintir individu yang menganggap dia tidak boleh bekerjasama atau berkongsi pentas dengan mana-mana artis tempatan. "Saya memang sentiasa mahu bekerjasama dengan nama-nama artis yang saya sebutkan. Tidak timbul soal saya tidak mahu bekerjasama dengan artis lain. Saya memang mempunyai perancangan bekerjasama dengan Sheila Majid dan Jamal Abdillah pada masa akan datang," katanya. Selepas persembahan itu, kak Pah dijangka bergabung bersama penyanyi terkenal, Anita Sarawak untuk satu lagi persembahan amal yang dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan di lokasi sama.
"Saya tidak pernah terfikir berpeluang untuk berduet dengan kak Pah. Apabila dimaklumkan pengurus, saya tidak berfikir panjang dan terus memaklumkan ‘ya’. Memang sukar melepaskan peluang menyanyi dan berkongsi pentas disamping Sharifah Aini. Saya bangga jadi sebahagian daripada mereka yang menjayakan persembahan ini," katanya. Sementara itu, Adibah Noor pula mengimbau detik pertemuan bersama kak Pah ketika dia memenangi pertandingan menyanyi sekitar 1994 apabila Sharifah Aini memaklumkan perasaan kagum terhadap bakat seninya. "Ketika bertemu, kak Pah memaklumkan kepada saya rasa kagumnya terhadap bakat saya dan merancang bekerjasama. Hanya selepas 15 tahun baru kami berkesempatan bekerjasama. Memang saya cukup gembira dapat bekerjasama dengan Biduanita Negara yang cukup saya kagumi," katanya.
Adibah
yang memulakan persembahan jam 9.10 malam itu menyampaikan beberapa lagu
medley koleksi Sharifah Aini dan lagu popular Anuar Zain
Kak Pah yang mengambil alih persembahan pentas selepas jam 11 malam menyampaikan himpunan lagu terbaiknya seperti Jatuh Cinta, Inikah Balasannya, Di Malam Persandingan, Bunga Tanjung, Tunggu Sekejap, Sabar Menanti dan beberapa lagu Inggeris seperti Autumn Leaves. |
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan sila klik tajuk berikut: |
|
|