|
SHARIFAH AINI MENANGIS TERKENANG ARWAH EMAK & ABAH oleh Huzz (URTV, 1 Februari 1996) |
|
Waktu berbual dengannya airmatanya bergenang. Sharifah Aini mengatakan, "Teringat dulu, sejak kecil sampailah ke saat menjadi penyanyi merekalah yang bersusah payah. Merekalah yang menghidupkan kak Aini dari satu kematian yang hampir," katanya yang dipungut semula oleh arwah datuknya dalam keadaan berkudis buta ketika dia diserahkan oleh orang tua asalnya kepada sebuah keluarga Cina di Singapura. Pun begitu kak Aini tak bermusuh dengan kedua ibu bapa kak Aini. Sebagai anak, kita bersabar dan menghormati mereka," katanya yang sudah melupakan segala kisah lama yang menyakitinya. Padanya kehidupan sekarang yang dilewati semakin memutikkan kebahagian. Sharifah Aini mengakui semenjak kedua datuk dan neneknya (arwah Syed Sahil Ali dan Tengku Wan Mariam bte Tahir) meninggal dunia, hari raya yang datang sering menyebakkan hatinya. "Kadangkala tu sambil memandu kereta, kak Aini menangis juga. Terbayang-bayang mereka depan mata. Dulu kami sama-sama hidup susah, bila kehidupan kak Aini dah senang, mereka pula tidak dapat menikmati segala ini." Dalam pada itu Sharifah Aini berpesan kepada anak-anak yang sudah lama tidak pulang ke kampung menjenguk datuk dan nenek, ibu dan ayah agar jangan lupa hari raya ini untuk bertandang pulang. Bagi yang masih ada kedua orang tua, pergilah jengkuk mereka di pagi raya ini. |
|
Ada seorang teman mengadu pada Huzz, dulu di kampung baju raya Sharifah Aini taklah sehebat hari ini. Malah waktu dia menjual suaranya 'menjaja' kuih, bajunya dijahit bertampal. "Betul tu ... siapa yang cerita kat Huzz?". Kalau orang kampung kak Aini memanglah tahu. Tapi kak Aini bahagia kerana masa itu diajar mengenal dunia, belajar untuk berusaha dan bila kak Aini senang begini tak pernah lupa pada kehidupan begitu. Arwah emak memang pembersih, dapur kayu jangan dicari habuk pun. Sebab tu sekarang kak Aini suka kebersihan dan rumah yang kemas dan cantik. Kak Aini dulu buat semua kerja rumah. Menggiling cili dengan batu giling. Bukan macam budak sekarang, semuanya main mesin. Kedua orang tua kak Aini itu bersusah payah memberikan sinar hidup ini pada kak Aini agar kak Aini dapat menjadi insan yang mengerti soal hidup. Jasa mereka tidak dapat dibalas walaupun setempayan emas." katanya. |
Ke mana raya nanti?
Aliff pun sekarang sudah tidak berminat dengan publisiti. Jenuh memujuknya berfoto. Aliff mahu kehidupannya terasing dari dunia publisiti walaupun dia anak kepada Sharifah Aini dan Ali Bakar (bekas suami kak Pah) yang masih mengendalikan Box Office Malaysia. "Tapi dialah permata hati kak Aini, mimpi kak Aini ialah mahu melihat anak-anak pandai dalam soal agama dan belajar sampai ke luar negara. Dulu kak Aini anak tunggal jadi usahlah Aliff pun membesar sebagai anak tunggal tanpa adik beradik lain."
Lagu Seksa ciptaan Saari Amri telah 'mengangkat semula nama Sharifah Aini apabila persembahannya mendapat pujian bila dinyanyikan semula sempena album konsertnya November lalu. Lagu itu yang disusun semula muziknya oleh S Atan ternyata cukup serasi dengan suara Sharifah Aini. Ternyata bila 'orang lama' mengambil alih dalam lagu itu, kelunakannya dan kehebatannya terus berkilauan. "Kak Aini akan kembali dengan konsert kedua Jun nanti. Itu pun kalau tak ada aral melintang. Kak Aini mungkin akab persembahkan banyak lagi lagu yang hits," katanya. |