|
saling
sayang menyayangi. Tapi lepas bernikah saya merasakan satu
tekanan perasaan yang hebat. Saya merasakan Ali berubah.
Saya tak tahu kenapa tapi ... bila saya fikirkan balik semula apa
yang berlaku saya percaya ada sesuatu yang tak betul berlaku di
belakang perkahwinan kami. Selepas bercerai ada orang bertanya
kenapa kami bercerai ... saya tak pernah menceritakan kepada orang
... I'm not prepared but lately ni selepas saya bercerai kali kedua
and I think I want to put the record straight. After 30 years
of my career I want to break my silence. Now I tak akan
maafkan seseorang yang menyebabkan I bercerai dengan Ali. Dia
harus bertanggungjawab di atas keruntuhan rumahtangga kami.
Saya kenal Ali. Dia seorang yang penyayang tapi ... kenapa
tiba-tiba kasih sayang itu menjadi sesuatu yang hodoh untuk ditelan
hingga membuatkan saya merasakan mustahil bagi saya dan Ali untuk
meneruskan hubungan kami. Cumanya out of this bad marriage
saya mendapat satu hadiah yang paling bermakna dan istimewa iaitu
Aliff. |
|
Soalan:
Macam mana hubungan kak Ani dengan Ali sekarang? |
|
Sharifah Aini:
I know Ali ada anak-anak dan isteri dan
saya mengharapkan yang terbaik untuk Ali. He is also a father of
my son. Kami pernah berkahwin dan pernah tidur sebantal ... I
pernah membawa kandungan dia ... benih dia. Masakan I boleh
memusuhi dia. Bagi I, Ali seorang yang baik. He's very
nice man cuma perubahan itu yang memelikkan. |
|
Soalan:
Bila Kak Ani bercerai dulu terdengar rumours
kononnya ia berpunca kerana masalah kewangan. Abang Ali tidak ada
pendapatan tetap. Memang sebelum kahwin dia adalah seorang eksekutif
di sebuah syarikat tapi ... bila dah kahwin dia berhenti dari syarikat
itu lalu buka perniagaan sendiri. Malangnya, perniagaannya tidak
begitu 'menjadi'. |
|
Sharifah Aini:
No ... I don't think so because I think we
don't have any problem with money. Pada Kak Ani duit ni kita boleh
cari. We worked hard we get the money ... as long as you willing to
work. I know Ali is not a richman. Saya kahwin dengan dia walaupun
saya tahu dia bukan orang kaya ... kerana bukan itu yang saya cari
daripada dia. Tetapi saya bersedia mengahwini dia kerana saya terlalu
menyayanginya ketika itu! Saya mahu dia menjadi suami saya dan ayah
kepada anak-anak saya. Sampai hari ini saya masih marah dengan
seseorang yang menjadikan kami bercerai ... cuba bayangkan kalau I
masih dengan Ali ... I think I will have six beautiful children now.
Saya memang impikan anak yang ramai. |
|
Soalan:
Kak Ani
menyesal dengan apa yang terjadi? |
|
Sharifah Aini:
Kerana ada pengkhianat dan kekacauan ... yes!
I bukan mencari orang untuk disalahkan ... tapi inilah yang sebenarnya
berlaku. Selama ni I tak buka mulut and I think some how biarlah ...
kalau dia buat to me ... I serahkan bulat-bulat pada Allah. Tuhan akan
balas. |
|
Soalan:
Bila Kak Ani
kahwin buat kali kedua? |
|
Sharifah Aini:
Kak Ani tak merancang untuk berkahwin terlalu
cepat. Tetapi masa dalam edah Kak Ani bertemu dengan seorang yang
lebih tua daripada Kak Ani and then he's a very sweet man, caring and
I thought this man can give me emotional stability and kasih sayang
dan I tak akan hadapi masalah. Because this is the man who doesn't
care about the world want to say about him or about me. And ... I
found somebody who is strong in character who's not going to be
affected what people got to say about me yang baik ataupun yang jahat.
So to me this is the kind of man I want. So of course I have to pay
the price because he happen to be a married man. And orang kata kenapa
Sharifah Aini kahwin senyap-senyap. Of course I got to married quietly
because... pada I ... I dah melukakan hati dua orang wanita because
dia ada dua isteri lain. Jadi buat apa I nak bising-bising malukan dia
dalam surat khabar. Saya harus menghormati dan menjaga hati semua
orang dan kerana I think I love my husband very much ... saya tidak
harus menimbulkan masalah padanya. Masa Kak Ani kahwin dengan Datuk,
Kak Ani sayang Datuk so buat apa Kak Ani nak timbulkan masalah, so Kak
Ani cuba menjaga nama baiknya bukannya beritahu dunia kami dah nikah
kerana yang penting Allah tahu. To me yang pentingnya I bernikah. |
|
Soalan:
Bila Kak Ani
kahwin dengan Datuk? |
|
Sharifah Aini:
Enam bulan selepas edah, Kak Ani
bernikah dengan Datuk pada tahun 1982 di luar negara. Tapi pada tahun
1991 kami bercerai. We were separated mulanya kemudian kami ambil
keputusan bercerai. Selepas bercerai, Datuk cuba memenangi hati Kak
Ani semula ... kerana walaupun dah bercerai Datuk masih date dengan
Kak Ani. Kami mula berjumpa semula, dia hantar bunga pada Kak Ani dan
dia tulis sepucuk surat cinta yang paling indah meluahkan perasaannya
yang kesunyian tanpa Kak Ani di sisi dan betapa pentingnya Kak Ani
dalam hidup dia. So Kak Ani tak ada peluang nak date dengan orang
lain. Dia pandai ... dia kawal Kak Ani yang mana akhirnya Kak Ani
sedar masih ada perasaan sayang pada dia. Jadi kami bernikah semula
pada akhir 1991. Pernikahan ini telah menimbulkan cakap-cakap orang
kononnya itulajh pertama kali kami bernikah. Sebenarnya tidak ...
waktu itu kami bernikah buat pertama kali di sini dan dihadiri oleh
150 kawan dan saudara-mara. Tapi ... bila Kak Ani terlantar di Pantai
Medical Centre pada 1995 kerana penyakit paru-paru berair dan Kak Ani
berada dalam keadaan kritikal tiba-tiba Kak Ani terfikirkan nasib Kak
Ani. Kalau sesuatu terjadi pada Kak Ani siapa yang nak jaga anak-anak
Kak Ani. Kat mana Kak Ani nak cari Datuk. Sejak itulah Kak Ani mula
fikirkan tentang diri Kak Ani apakah erti perkahwinan ini kalau Kak
Ani sukar untuk menjejaki Datuk. |
|
Soalan:
Kerana itu Kak Ani ambil keputusan bercerai
dengan Datuk? |
|
Sharifah Aini:
Kak Ani ambil masa dua tahun selepas sakit
untuk memikirkan semua itu. Kak Ani merasakan ... mungkin juga pada
fikiran Kak Ani perbezaan umur yang besar antara kami menimbulkan
masalah. Berbagai-bagai perkara lain lagi yang terjadi. Jadi selepas
Kak Ani merasa jauh hati ... Kak Ani pergi Mekah bawa anak-anak dan
pembantu rumah. Kak Ani beritahu Datuk biarlah Kak Ani cari ketenangan
di sana. Mulanya Kak Ani rancang nak duduk di Mekah dua bulan kerana
Kak Ani ada mak cik di sana dan ada kawan di Jeddah. Tapi dalam pada
Kak Ani berada di Mekah, Datuk tiap-tiap hari telefon suruh balik. Dia
beritahu Kak Ani yang dia sayangkan Kak Ani tapi ... masa tu hati Kak
Ani dah jauh. Kak Ani tak marah dia... Kak Ani masih sayang dia, tapi
rasa Kak Ani perpisahan ni baik untuk Kak Ani dan dia. Selepas 16
tahun kahwin tiba-tiba Kak Ani kata awak mesti balik sekian-sekian
waktu ... dah terlambat rasanya sebab selama ni Kak Ani tak pernah
bagi dia jadual. Dia nak balik dia balik ... dia nak pergi, dia pergi.
Saya tak pernah membebankan dia ... sebab apa? Sebab terlalu sayanglah
jadi begitu ... Kak Ani jadi bodoh. Pada Kak Ani orang yang disayang
tu kena jaga betul-betul. Jadi saya mesti buat dia gembira. Saya
sayangkan Datuk. Dia memang seorang lelaki yang baik. Bagi Kak Ani ...
Datuk bukan hanya suami tetapi dia juga adalah kekasih, sahabat, guru
yang baik dan juga pengkritik yang baik. Dengan Datuk semua Kak Ani
dapat. Dia juga seorang bapa yang selalu menasihatkan Kak Ani ... yang
mematangkan Kak Ani ialah Datuk. Maknanya perkahwinan ini mengisi
segala kekosongan. I've got everything. Kebaikan dia terlalu banyak
dan di hari-hari terakhir perkahwinan kami ... Kak Ani lebih merasakan
Kak Ani inginkan kebebasan kerana Kak Ani merasakan apalah gunanya
satu perkahwinan bila your own husband is not there ... sedangkan Kak
Ani tak nak memaksa dia kerana Kak Ani tak mahu ungkit hak Kak Ani
kerana dah terlambat. Bila di Mekah, Kak Ani banyak beristihara ...
Kak Ani memohon pada Allah. Kak Ani tahu perceraian memang tidak
digalakkan dalam Islam tapi ... Kak Ani memohon pada Allah kalau dia
adalah jodoh terbaik untuk Kak Ani kekalkan tapi kalau ianya tidak
mendatangkan kebahagiaan untuk Kak Ani berilah petunjuk pada Kak Ani.
Bila balik dari Mekah hati Kak Ani tenang. I met my husband dan minta
dia lepaskan Kak Ani. Sebenarnya Kak Ani pun sayangkan dia kerana dia
bahagi Kak Ani kehidupan yang baik, dia seorang penyayang tapi ...
mungkin ada rahmat di sebalik perceraian. Tapi ini tidak bermakna Kak
Ani tak sayang dia ... sekarang kami masih jumpa untuk lunch dan
bercakap tentang masalah sebab semasa dengan Datuk, Kak Ani ada dua
orang anak angkat di sini dan dua anak angkat yang sedang belajar di
Jordan University mengambil jurusan undang-undang Islam dan hafiz
Quran. Jadi bila Datuk dah lepaskan Kak Ani ... Kak Ani rasa adalah
perlu beritahu pada masyarakat yang Kak Ani sebenarnya bukan isteri
orang kerana tak mahu mendatangkan fitnah dan memalukan Datuk kalau
orang nampak Kak Ani jalan dengan orang lain.
 |
|
Soalan:
Sudah berapa lama
bercerai? |
|
Sharifah Aini:
Dah hampir dua tahun. Kak Ani tak pernah
membenci Datuk ... pada Kak Ani orang yang paling bermakna dalam hidup
Kak Ani ialah Datuk dan Ali. Because Ali menghadiahkan Kak Ani anak
dan Ali adalah cinta pertama Kak Ani. Datuk my second love ... dan
perkahwinan kita bertahan sampai 16 tahun. Sekarang Kak Ani hidup
untuk anak-anak ... dan merekalah nyawa dan nafas untuk Kak Ani
meneruskan hidup. Merekalah bintang ... merekalah bulan ... merekalah
matahari ... hujan dan ribut. |
|
Soalan:
Apakah dengan perceraian itu Kak Ani serik
untuk kahwin lagi? |
|
Sharifah Aini:
Kalau Kak Ani kata tak ndak kahwin lagi ...
Kak Ani bohong. Saya percayakan cinta dan impian ... pada Kak Ani
kasih sayang ni adalah sesuatu yang indah dalam hidup. Saya tak yakin
saya boleh hidup tanpa cinta. Kasih sayang antara perempuan dengan
lelaki lain, kasih sayang antara suami isteri lain, kekasih lain
tetapi ia tetap cinta. Kak Ani percaya pada institusi perkahwinan dan
kekeluargaan. Saya tak tahu bila ... tapi saya tahu saya akan kahwin
lagi satu hari nanti. |
|
Soalan:
Apakah Kak Ani dah jumpa orang yang berkenan di
hati? |
|
Sharifah Aini:
Jumpa
belum. Tapi pilihan tu memang ada. Kak Ani tak sangka di umur awal
40-an ni masih ada yang meminati Kak Ani. Ramai orang berkata bila
perempuan dah kahwin dunia untuknya dah habis. No! Jangan berfikiran
begitu kerana itu salah. Bukanlah sesuatu yang salah bila anda jatuh
cinta, untuk hidup bahagia atau jatuh cinta dengan lelaki lain ...
kerana perasaan cinta itu terlalu indah. Kak Ani percaya dan
memerlukan lelaki dalam hidup. Anak-anak akan membesar dan akan
tinggalkan kita, tapi ... kasih sayang antara dua insan yang bernama
suami-isteri itu akan kekal abadi. Sebab saya mahu melalui hari tua
dengan seorang lelaki bernama suami yang menyayangi saya. Saya mahu
menghadapi hari tua yang tenang, penuh kasih sayang dan melawat
anak-anak bersama suami seperti pasangan kekasih. |
|
Soalan:
Walaupun dah tiga kali berkahwin dan cerai Kak
Ani masih harapkan seorang lelaki bergelar suami di sisi Kak Ani? |
|
Sharifah Aini:
No ... I consider dua kali perkahwinan
dan perceraian. Perceraian tak mengubah cara Kak Ani berfikir tentang
kasih sayang dan perceraian tidak membuatkan Kak Ani takut untuk
bercinta lagi. Bagi Kak Ani kasih sayang mesti ada tapi ... Kak Ani
selalu minta pada Tuhan kalau boleh janganlah Kak Ani jadi isteri
kedua atau ketiga dalam hidup orang lain. |
|
Soalan:
Dalam usia begini apakah Kak Ani rasa
berpeluang untuk menjadi isteri seperti yang Kak Ani harapkan tu? |
|
Sharifah Aini:
Pada Kak Ani perjalanan hidup ini memang Allah
dah tentukan dan Kak Ani selalu redha. Seboleh-bolehnya Kak Ani
mahukan seorang suami yang tak ada isteri. Kalau duda ada anak pun tak
apa, kalau isteri mati tak ada anak lagi bagus. Tapi ... kalau jodoh
Kak Ani di situ juga ... Kak Ani kalah. Kak Ani terima. Kak Ani ada
nafsu ... Kak Ani ada keinginan takkan nak berterusan hidup begini.
Kak Ani nak besarkan anak dalam keadaan yang stabil. Kak Ani ni bukan
sahaja ibu tunggal tapi ... ada anak dara. Macam mana kalau Kak Ani
beritahu mereka buat itu salah ini salah tapi ... Kak Ani pergi
dating. Kak Ani tak ndak hidup dalam keadaan macam tu. I want to be in
love and I want to get married and I want to have a nice family. Tapi
... saya takkan mencari. |
|
Soalan:
Dari sumber yang layak dipercayai, kami dapat
tahu Kak Ani sekarang dah ada seseorang yang amat disayangi - seorang
doktor pakar bedah jantung dari New York City berkelulusan dari
Universiti Harvard. Kak Ani mengenalinya sejak 6 bulan lalu
melalui seorang kawan. Betul ke? |
|
Sharifah Aini:
Betul! Tapi ... kali ini Kak
Ani lebih berhati-hati. Buat masa ni Kak Ani gembira hidup
seorang sebab Kak Ani rasa seronok hidup bebas dan Kak Ani takkan
berkahwin dalam waktu terdekat ini. Kalau adapun I still want to
take my own sweet time. Bila dah ready ... saya akan kahwin.
Tapi ... mungkin dalam masa setahun ni ... memang Kak Ani tak mahu
kahwin dulu. Memang dia meminati Kak Ani tapi ... Kak Ani akan
pastikan kalau betul-betul dia nak jadi Muslimin yang baik, itu bagus
tapi bukan kerana nak kahwin dengan Kak Ani. |
|
Soalan:
Bila agaknya kak Ani akan kahwin dengan doktor
pakar bedah jantung ini? |
|
Sharifah Aini:
(Ketawa) Bercinta pun belum
macam mana nak kahwin? Tapi ... dia memang berusaha keras untuk
memenangi hati Kak Ani. Malah dia sudah membawa keluarga dan
adik-beradiknya bertemu dengan kak Ani sepanjang enam bulan kita
berkenalan. Tapi ... Kak Ani belum bersedia. Dia berbangsa
Jerman dan menetap di Amerika Syarikat. |
|
Soalan:
Kenapa Kak Ani tiba-tiba berminat dengan bangsa
asing? |
|
Sharifah Aini:
Kak Ani rasa itu agaknya yang sesuai. Kak Ani tidak
membenci Melayu tapi saya sudah melalui dua perkahwinan dengan orang
Melayu mungkin kak Ani tak sesuai dengan orang Melayu. Mungkin
kak Ani salah. Silapnya bukan suami-suami ... Kak Ani sentiasa
melakukan kesilapan. Perkahwinan kedua memang salah Kak Ani
kerana Kak Ani execute my right as the second wife or third wife ...
kerana apa? Kerana sayang. Tapi ... kalau Kak Ani jatuh
cinta dengan bangsa asing dan dia sayangkan Kak Ani ... Kak Ani tak
akan tinggalkan agama kerana cinta. |
|
Soalan:
Kalau Kak Ani ditakdirkan bertemu jodoh dengan
doktor pakar itu apakah Kak Ani bersedia meninggalkan Malaysia? |
|
Sharifah Aini:
I will go where love takes me. Kak Ani akan ikut ke mana sahaja
suami Kak Ani berada Bukan bererti Kak Ani tinggalkan negara.
Kak Ani melakukan berbagai-bagai pengorbanan pada perkahwinan kedua
kak Ani kerana cinta, tapi ... akhirnya apa yang Kak Ani dapat?
Kalaupun terpaksa tinggalkan negara kerana cinta I think it's worth
it. Because some how Kak Ani kena memikirkan kebahagiaan kak Ani
juga. Takkan selama-lamanya Kak Ani nak menyanyi dan berada di
sini dipuja kerana kak Ani perlu memikirkan keperluan peribadi kak Ani.
Sebab saya adalah seorang wanita yang normal. Sihat tubuh badan
dan fikirian. Kak Ani inginkan satu rumahtangga yang bahagia,
stabil dan I want to enjoy my future. Tapi walaupun berada di
tanah asing, Kak Ani akan bawa budaya Melayu dan agama Islam ke mana
saja Kak Ani pergi. |
|
Soalan:
Sepanjang enam bulan berkenalan dengan dia
apakah dia menepati lelaki impian Kak Ani? |
|
Sharifah Aini:
(Ketawa) Mungkin ... Dia kacak, tinggi dan berpendidikan tinggi and
very loving man. Tapi ... banyak benda yang kak Ani kena
timbangkan, setakat ini kita jumpa sekejap-sekejap. Tapi ... dia
buat saya bahagia dan merasai dihargai. Tapi ... at the moment
Kak Ani belum bersedia lagi. Dia memang sentiasa berusaha
memenangi hati Kak Ani. |
|
Soalan:
Andainya Kak Ani berkahwin dengan dia apakah dia
dapat membuatkan Kak Ani melupakan dua lelaki sebelum ini yang pernah
singgah dalam hidup Kak Ani? |
|
Sharifah Aini:
Em ... em ... No. Sekalipun Kak Ani berkahwin dengan orang lain
tak ada siapa dapat datang antara Kak Ani dengan Datuk atau antara Kak
Ani dengan Abang Ali. Kerana mereka bedua ini terlalu istimewa
dalam hidup saya. |
|
Soalan:
Mungkin lelaki
yang menjadi suami Kak Ani akan merasa kurang selesa kerana walaupun
sudah menjadi isterinya, Kak Ani masih ingatkan Datuk dan Abang Ali. |
|
Sharifah Aini:
Ingatan dan kasih sayang itu berbeza. Maknanya bukannya kasih
sayang yang akhirnya Kak Ani akan balik kepada mereka tapi ... ingatan
terhadap kasih sayang yang pernah kami jalin bersama. Mereka ini
pernah tidur sebantal dengan Kak Ani ... masakan Kak Ani dapat
melupakan mereka. Siapa saja suami saya dia tak patut risau
kerana perasaan terhadap bekas suami dan suami sekarang is different
kerana saya mahu hidup dengan suami sekarang dan saya tak mahu hidup
dengan kisah silam saya. Tetapi itu tidak bermakna saya tak
boleh ingatkan kisah silam dan cinta lama saya. They are lucky
because I don't hate them. I don't hate Ali or Datuk. |
|
Soalan:
Bagaimana lelaki
idaman Kak Ani? |
|
Sharifah Aini:
Kalau ditakdirkan dan pintu jodoh masih terbuka untuk Kak Ani ...
lelaki idaman Kak Ani, mesti berumur dalam lingkungan 40-an, honest
man, seksi, romantik, boleh bergantung hidup ... dia mesti sayang Kak
Ani dan mahu menjaga anak-anak Kak Ani bersama serta orangnya mesti
tinggi ... kerana Kak Ani rasakan lebih selamat bila berada dalam
pelukan mereka yang tinggi. |
|
Soalan:
Persepsi lelaki
seksi bagi Kak Ani, macam mana? |
|
Sharifah Aini:
Seksi bukan hanya pada rupa tapi cara bercakap. Kak Ani sukakan
lelaki yang smart dan intelligent ... I love man yang genius.
Romantik ni pula ... ialah dalam keadaan Kak Ani dah ada anak, Kak Ani
suka dia bawa Kak Ani keluar ... husband yang bawa kita evening drive.
Kemudian berhenti di mana-mana untuk makan malam dan sambil berjalan
berpegangan tangan, berpelukan. Saya rasa itu tak salah kerana
dia suami you dan you isteri dia, kenapa perlu malu. Orang
lelaki yang sentiasa memuji kecantikan isterinya. |
|
Soalan:
Setelah melalui
dua perkahwinan, apakah pengalaman yang Kak Ani dapat? |
|
Sharifah Aini:
Ia membuatkan Kak Ani semakin tabah dan berani menghadapi hidup ini.
Saya dan kahwin dua lelaki dan daripada kedua-duanya saya mendapat
pengalaman yang berlainan. Saya kahwin dengan lelaki muda (Ali)
dan saya juga berkahwin dengan lelaki lebih berumur dari saya (Datuk).
Saya belajar banyak daripada dua perkahwinan ini. |
|
Soalan:
Setelah gagal dua
perkahwinan ... apakah bila kahwin buat kali ketiga nanti Kak Ani akan
tinggalkan dunia seni? |
|
Sharifah Aini:
No! Don't forget masa Kak Ani kahwin dengan Datuk I am Sharifah Aini
the singer begitu juga masa kahwin dengan Ali ... I am Sharifah Aini
the singer. Mereka bukan kahwin dengan Sharifah Aini the lawyer, the
doctor atau the clerk. Mereka harus terima hakikat itu. Jadi kalau ada
yang ingin mengahwini Kak Ani dan beri syarat-syarat tertentu agar
meninggalkan dunia seni ... Kak Ani tak akan terima. Melainkan selepas
perkahwinan kami, dia sakit dan Kak Ani perlu menjaganya ... Kak Ani
akan tinggalkan dunia seni untuk bersama suami kerana suami adalah
yang utama dalam hidup saya. |
|
Soalan: Apa impian Kak
Ani bila tua nanti? |
|
Sharifah Aini:
Impian bila tua? Kak Ani tak ndak tua (ketawa). Okey. Impian kak
Ani ingin hidup dalam sebuah perkahwinan yang aman dan membahagiakan.
Kak Ani ingin hidup disamping suami yang boleh memberi segala-galanya
kepada Kak Ani ... emotionally, sexually, materially dan alangkah
bahagianya kalau saya boleh ke mana saja yang saya mahu bersama suami
seperti ke Mekah duduk dua bulan atau tiga bulan kemudian balik dan
pergi lagi bersama. Kak Ani mahu mengelilingi dunia bersama
suami dan menjenguk anak-anak. Kak Ani mahu menjalani hidup
hari-hari tua yang bahagia. Saya impikan Sharifah Aini pada hari
tua ... walaupun dah umur 50 atau 60 tapi masih seperti 40-an ...
sihat, cantik dan bahagia disamping suami tercinta. |
|