|
SHARIFAH AINI BAWA ANAK-ANAK
BERSEMBAHYANG TERAWIH DAN oleh Hamisah Hassan (Hai, 11 Disember 1999) |
|
"Pada bulan puasa, saya tetap masuk studio rakaman bagi rakaman lagu-lagu untuk album terbaru saya. Album kali ini berbeza. Semuanya baru dan saya betul-betul nak buat perubahan pada lagu-lagu terbaru saya khusus untuk pada peminat muda saya. Tetapi apa saja amalan yang kita lakukan di bulan puasa adalah perkara peribadi yang tidak perlu diceritakan pada semua orang. Tetapi kebiasaannya, selepas berbuka puasa, kami anak-beranak akan sama-sama bersembahyang terawih dan mengaji al-Quran. Dan pada puasa yang ke 20 pula, saya dan anak-anak tak akan tidur malam untuk majlis qiamullail. Fasal masakan pula, semuanya simple. Tetapi anak-anak saya sukakan nasi beriani masakan saya, juga soto Johor, mi rebus dan laksa Johor. Mengenai persiapan Hari Raya pula, saya dan anak sukakan yang serba sederhana," jelas Sharifah Aini sewaktu ditemui di majlis Seri Dewi yang khusus diadakan bagi meraikan ulangtahun ke 30 dia bernaung di bawah syarikat rakaman EMI. Majlis yang turut dihadiri oleh sebilangan besar wartawan hiburan serta para peminat setia dan rakan-rakan rapatnya itu telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pada malam 6 Disember lalu. Di majlis yang sama, pihak EMI turut menayangkan gambar-gambar Sharifah Aini dari kecil hingga kini serta program-program hiburan sepanjang 30 tahun penglibatannya sebagai anak seni. Sharifah Aini turut menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu daripada album Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan juga album Seri Dewi iaitu Hiburkanlah Hatiku, Jalak Lenteng, Bunga Tanjung, Di Malam Persandingan, Dekatlah Padaku, Hapuslah Airmatamu dan Hati Yang Terluka. |
|
|