|
PAPITA HARGAI JASA KAK PAH (Harian Metro - Sabtu, 23 Disember 2006) |
|
Sharifah Aini berkata, dia berterima kasih kepada Papita kerana mengiktiraf kerja seninya selama ini. “Namun, saya kurang pasti sama ada saya berhak menerima anugerah ini. Bagaimanapun, perlu saya akui, saya menyanyi bukan kerana wang. Kemungkinan pada awal pembabitan saya menyanyi pada awal 70-an memang kerana wang tetapi apa yang saya lakukan sekarang kerana minat. Saya akan tampil dengan album baru pada 2007. Doakan album itu berjaya,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkasnya. Karyawan lain turut menerima anugerah yang disediakan, Datuk A Rahman Hassan (Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik 2006), Allahyarham Sudirman Hj Arshad (Anugerah Penghibur Legenda 2006), Kopratasa (Anugerah Artis Sepanjang Zaman 2006 - Penyanyi Lagu Puisi), Jeffrydin (Anugerah Khas Penyanyi Sepanjang Zaman 2006), Datin Orchid Abdullah (Anugerah Artis Sepanjang Zaman 2006 - Penyanyi Lagu Ghazal), Zaleha Hamid (Anugerah Artis Sepanjang Zaman 2006 - Penyanyi Lagu Dangdut), Amy Search (Anugerah Artis Sepanjang Zaman - Penyanyi Rock) dan Aspalela Abdullah (Anugerah Artis Sepanjang Zaman 2006 - Penyanyi Lagu Melayu Asli). Penghargaan bagi Sudirman diambil kakaknya, Datin Roziah Arshad. Sementara itu, wartawan Hiburan Berita Harian, Akmal Abdullah dan Zainuri Misfar masing-masing berkongsi trofi Anugerah Kewartawanan 2006 - Media Cetak. |
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan sila klik tajuk berikut: |
|
|