|
KEKUATAN VOKAL TIADA TANDINGAN oleh Elrafaei Sapi (Harian Metro - Rabu, 21 April 2010) |
|
Sesiapa saja boleh muncul sebagai penyanyi ketika ini tetapi bukan semua mampu jadi penghibur yang mempunyai ramai peminat. Begitulah pengalaman yang dilalui Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau mesra dengan gelaran Kak Pah yang masih terus menyanyi dan meraih permintaan mengadakan persembahan pentas. Malah, apa yang mencatat pencapaian peribadi buatnya beliau masih berjuang dalam bidang nyanyian sejak 43 tahun lalu. Tempoh itu bukan suatu yang mudah untuk dicapai apatah lagi penyanyi baru dan lama bersilih ganti. Bagi Kak Pah, cinta pada nyanyian masih utuh dan selagi dikurniakan kesihatan yang baik, beliau masih bersemangat menghiburkan peminatnya. Merakam kenangan terindah Kak Pah sepanjang berada dalam bidang seni suara, beliau berkesempatan mengadakan persembahan Up, Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu. Merujuk pada judul persembahan kali ini, Kak Pah tidak hanya menyanyi sebaliknya berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilalui sebelum ini. Mungkin Kak Pah pernah bercerita serba sedikit pengalaman di awal pembabitan sebagai penyanyi dalam acara lain sebelum ini tetapi kali ini, apa yang ingin disampaikan lebih bersifat peribadi. Kak Pah, 56, berkata, setiap lagu mempunyai kenangan dalam hidupnya termasuk mencipta lirik lagunya sendiri. Mengimbau kembali kenangan lalu, beliau mula menyanyi pada usia lapan tahun dan tampil membuat persembahan pembukaan untuk Datuk Jeffrydin, Datuk Ahmad Jais dan Allahyarham Toh Puan Rafeah Buang.
Lebih bermakna, pada
persembahan kali ini Kak Pah terbuka hati untuk membantu menghulurkan
sumbangan pada Sekolah Ijabah, Subang Jaya Selangor, yang
"Pada zaman 70-an, saya sering menyanyi di funfair. Ketika itu saya bersama Allahyarham Sudirman Hj Arshad berebut kumpul duit dan hingga kini, saya tidak menyangka dapat terus menyanyi. Tidak dinafikan saya banyak menyanyikan lagu saduran seperti Dekatlah Padamu yang diambil dari lagu Jepun dan Ingatlah Sayang dan Kerana Cinta. Jika tidak silap, saya sudah hasilkan lebih 300 lagu yang saya tulis dan tema lagu ini berkait rapat dengan kasih sayang antara lelaki dengan wanita serta ibu dengan anak," katanya. Persembahan secara santai itu turut menyaksikan Kak Pah menyampaikan lagu Kenangan Indah (Yang Menyayat), Di Malam Persandingan, Dekatlah Padaku sebelum mengajak dua wartawan hiburan, Huzz bersama Syed Wafa naik ke pentas menyanyikan lagu Seiring Sejalan. Tidak menghampakan peminat yang hadir, Kak Pah turut menyanyikan lagu popular lain seperti Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung, Jatuh Cinta, Hey (pernah dipopularkan Julio Iglesias), Yang Sangat Ku Sayang dan kemudian mengajak peminat menari menerusi lagu Let’s Twist Again (dipopularkan kumpulan The Beatles).
"Persembahan kali ini dianggap personal kerana setiap lagu mempunyai ceritanya tersendiri. Saya percaya peminat yang hadir kali ini adalah mereka yang pernah membesar dengan lagu saya termasuk peminat baru. Biarpun saya membelanjakan lebih RM100,000 untuk persembahan sebegini, saya berhasrat menyumbang antara 30 hingga 40 peratus dari kutipan malam ini. Sumbangan seperti ini penting untuk membantu mereka. Sebenarnya, saya sudah kenal pasti 15 sekolah di Lembah Klang untuk menghulurkan sumbangan. Sebolehnya, saya mahu mencari penaja agar dapat memberikan lebih banyak sumbangan selepas ini. Pada 28 Mei nanti, saya akan menjayakan persembahan sempena Hari Ibu manakala selepas Aidilfitri pula, saya mengadakan rumah terbuka bersama Ahmad Jais yang diberi nama, Nostalgia 60-an. Soal cinta, jika ada atau tidak, alhamdulillah. Saya tetap gembira kerana mempunyai kebebasan dan ramai yang sayangkan saya. Selepas berpisah selama 14 tahun, saya tidak pernah keluar dengan sesiapa. Saya reda dengan keadaan itu dan bohong jika saya tidak akui perasaan itu datang bila bersendirian. Apapun, ibu saya tetap hadir menyaksikan persembahan kali ini dan hakikatnya, saya tidak akan kecapi hidup hari ini tanpanya," katanya. |
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan sila klik tajuk berikut: |
|
|