|
"KEBENARAN ITU ADAKALA MENYAKITKAN" (Berita Minggu: Bi Pop, 29 Mei 2005) |
|
|
BINTANG POPULAR |
Apa yang mendorong Kak Pah menghasilkan autobiografi ini? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Terlalu banyak yang berlaku dalam waktu terdekat ini. Ia masa terbaik untuk saya menjelaskan apa yang berlaku. Dulu saya tidak pernah terfikir untuk menghasilkannya. Tetapi apabila kes e-mel timbul, ada yang berkata apa yang menghairankan bagi Sharifah Aini kerana dulu emak sendiri pun dia pernah saman. Saya hanya mahu menyatakan kebenaran dan berharap dapat membuka minda dengan menerangkan apa yang tidak jelas dulu. |
|
BINTANG POPULAR |
Boleh jelaskan isi kandungan autobiografi itu? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Sebenarnya ini bukan biografi sepenuhnya daripada Sharifah Aini. Saya hanya memilih sebahagian daripada apa yang pernah saya lalui dulu. Antara subjek yang diperkatakan termasuk pengkhianatan antara sesama manusia, persahabatan dan penghargaan saya kepada wartawan, perkahwinan dan perceraian serta kes mahkamah saya dengan ibu. |
|
BINTANG POPULAR |
Kes e-mel? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Isu itu tidak langsung disentuh. Insya-Allah, akan menyusul nanti sebuah autobiografi penuh daripada Sharifah Aini. Walaupun autobiografi ini baru dihantar untuk percetakan, sudah ada permintaan yang baik daripada mereka yang mengikuti perkembangan diri saya. |
|
BINTANG POPULAR |
Tentu banyak yang ingin Kak Pah jelaskan dalam autobiografi itu. Tidak berdepan masalah untuk menulisnya? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Memang di peringkat awal sukar untuk saya memulakannya di mana. Tetapi, saya bersyukur kerana di belakang saya berdiri kawan-kawan yang sentiasa menghulurkan tangan. Mereka, termasuk peminat banyak membantu dengan menyediakan bahan dan melakukan kajian untuk saya menyempurnakan autobiografi ini. Apa yang saya lakukan ini bukan untuk menyakiti hati orang lain. Memang kebenaran itu menyakitkan, tetapi saya perlu keluar dan menceritakan perkara sebenar. |
|
BINTANG POPULAR |
Mengapa perlu tunggu sehingga sekarang untuk menjelaskan semuanya? Adakah kerana kes mahkamah yang sedang berjalan? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Saya sudah 37 tahun menyanyi dan tidak semua yang saya lalui itu manis belaka. Selama 27 tahun saya menyimpan apa sebenarnya yang berlaku antara saya dan ibu. Tetapi, saya tahu saya perlu lakukan sesuatu untuk menghentikan cerita yang tidak manis itu sementara hayat masih ada. |
|
BINTANG POPULAR |
Apa yang menggerakkan hati Kak Pah untuk muncul dalam filem Diva Popular, walaupun hanya untuk satu babak iaitu sebagai hakim? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Memang pada mulanya saya tidak mahu berlakon. Dah lama tak berlakon, kali terakhir 1981 iaitu filem Bintang Pujaan. Tetapi, Erma Fatima pandai memujuk. Dia sanggup datang rumah jam 1 pagi dan berbincang mengenainya. Tidak mengapalah, saya berbesar hati menerimanya walaupun sikit. |
|
BINTANG POPULAR |
Tidak terasa ada di antara adegan dalam filem itu seperti menyindir Kak Pah? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Saya hanya mahu berseronok, tidak ada niat lain. Saya tidak melihat apa yang dipaparkan sebagai mempersenda. Memang kalau difikirkan soal maruah, saya tidak akan menerimanya. Tetapi saya sporting, berlakon kerana ia tidak ada kena mengena dengan diri saya. Dalam hidup banyak masalah, kita kena ambil masa untuk ketawa. |
|
BINTANG POPULAR |
Apakah ini bermaksud Kak Pah terganggu dengan kes e-mel itu? |
|
DATUK SHARIFAH AINI |
Tiada apa yang mengganggu hidup saya. Walaupun kes itu masih berjalan, ia tidak pernah menjadikan saya susah. Saya tidak terlalu fikirkan mengenainya kerana suara hati saya adalah jelas. Tiada apa yang mengganggu. Malah, saya tidak keseorangan kerana sentiasa ditemani keluarga dan kawan-kawan yang terus setia. |
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan sila klik tajuk berikut: |
|
|