|
CERIA LEBARAN BERSAMA SHARIFAH AINI oleh Hafeez Harun (Manja, Disember 2002) |
|
Kalau tak betul-betul, memang susah cari rumah kak Pah ni. Zurin, fotografer 'Sentiasa Manja' yang dah lama menetap di KL pun boleh tersesat. Apalagi saya. Kedatangan kami disambut oleh pembantu kak Pah, Umi yang sudah 11 tahun bekerja dengannya. Tak hairanlah bila Aliff, anak lelaki kak Pah hendak ke Medina, Umi yang tersedu-sedu menangis! Kami dibawa langsung ke 'pejabat' kak Pah. Dalam hati bertanya-tanya, "Ini bilik hilangkan stress ke pejabat?" Memang indah dan luas sekali pejabat di mana kak Pah mengendalikan urusan showbiznya. Di sinilah kami duduk berborak. Riuh rendah bilek ini. Sebenarnya selain penulis dan fotografer ada lagi teman-teman rapat kak Pah yang turut hadir.
Kah Pah juga bercerita tentang anak-anak angkatnya, Datuk S (mantan suami keduanya), pasangan hidupnya, rancangannya untuk bersara dan sekali-sekali kak Pah bernostalgia tentang masa kecilnya. Bila bercakap tentang Hari Raya, kak Pahlah insan yang cukup bahagia sekali. |
MANJA |
Seronok raya tahun ni ... |
Sharifah Aini |
Anak-anak angkat kak Pah yang seramai lapan orang dan anak kandung Aliff Omar akan bersama-sama beraya. Aliff akan pulang bercuti selama 20 hari di Kuala Lumpur. |
MANJA |
Raya tanpa suami ... |
Sharifah Aini |
Kak Pah dan 5 tahun beraya tanpa suami. Dah biasa. Tapi kak Pah ada anak-anak disisi. |
MANJA |
Juadah raya |
Sharifah Aini |
Kak Pah yang siapkan sendiri. Tahun ini kak Pah nak masak laksa Johor, briyani dam, nasi bukhari dan kak Pah akan letakkan seekor daging kambing yang dimasak istimewa sebagai kepala meja. Ada juga rendang ayam, kuah kacang, serunding, ketupat dan nasi himpit. |
MANJA |
Yang menarik raya tahun ni ... |
Sharifah Aini |
Datuk S akan menjadi tetamu istimewa kak Pah. Memang walaupun kami dah berpisah, hubungan kami tetap baik kami tetap berkawan. |
MANJA |
Tapi mengapa bercerai ? ... |
Sharifah Aini |
Jarak usia kami lebih kurang 20 tahun. (sambil ketawa) "I realise he's getting old and don't have energy. Jangan salah faham ya!". Ialah maksudnya kak Pah sering ada show. Berkejar ke sana ke mari tapi beliau tidak dapat bersama. Jadi masa kami berdua terbatas. Tapi kak Pah puji beliau. Beliau ni ialah seorang gentlemen, seorang sahabat 'and he is a great lover' (ketawa besar). |
MANJA |
Orang-orang yang kak Pah kenang bila raya ... |
Sharifah Aini |
"My grandparents of course. Kak Pah dijaga sejak kecil oleh datuk dan nenek. Hubungan kami memang rapat. Kak Pah amat sayang sekali pada mereka. Kak Pah dah mengalami bermacam-macam dugaan di dunia ini. Kepayahan, kekecewaan dan kepahitan hidup. Mereka tahu apa yang kak Pah lalui. Peristiwa-peristiwa inilah yang menjadikan kak Pah seorang insan yang tabah dan tak lupa memberi kebaikan pada orang lain. Sebab itulah kak Pah banyak mengambil anak-anak angkat. Baru-baru ini, kak Pah ada mengambil 2 orang lagi anak angkat dari Cambodia. |
MANJA |
Ramai sangat anak angkat ... |
Sharifah Aini |
Kak Pah ingin sekali memberi kasih sayang pada anak-anak angkat yang kak Pah jaga. Kak Pah rasa ini adalah amanah yang Tuhan berikan pada kak Pah. |
MANJA |
Kak Pah berusia 47 tahun tapi tetap kelihatan jelita, rahsianya |
Sharifah Aini |
|
MANJA |
Dengar-dengar anda akan bersara dalam masa 3 tahun lagi ? Mengapa 3 tahun ? |
Sharifah Aini |
Memang benar. Tapi sebelum mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni, kak Pah akan adakan satu konsert yang gah. Kak Pah kena merancang. |
MANJA |
Masih banyak permintaan. Mengapa nak bersara ? |
Sharifah Aini |
|
MANJA |
Album kenangan sebelum berundur ... |
Sharifah Aini |
|