|
BINTANG LAMA, BARU DIHARGAI oleh Rozdan Mazalan (Berita Harian - Jumaat, 29 Disember 2006) |
|
Selain pembabitan artis veteran dihargai, Anugerah Kecapi Papita 2006 sempena Malam Semarak Kasih berjaya mengumpul sebilangan besar artis veteran yang selama ini banyak menyumbang dalam perkembangan industri muzik tanah air. Malah, malam yang mengukir seribu kenangan kepada penggiat seni itu turut dihadiri lebih 100 artis veteran dan 600 tetamu lain termasuk artis baru dan muka popular yang dihimpun dalam majlis penuh gemilang. Syabas buat penganjurnya, Persatuan Penyanyi Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) yang mewujudkan satu majlis anugerah yang lain daripada yang lain kerana penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian tempoh sepanjang lima tahun sekali. Presidennya, M Daud Wahid berkata, apa yang lebih memberi kepuasan bukanlah nilai sesuatu anugerah yang diberikan tetapi berbangga dapat mengumpul dan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan artis lama yang jarang dapat dikumpulkan bersama. “Dapat menyatukan semula artis veteran adalah kejayaan sebenar yang dikecapi bukan trofi atau wang ringgit yang boleh dibanggakan. Saya amat terharu dan sebak melihat semula semua artis ini berkumpul dalam satu majlis demi menyokong segala pembabitan Papita terutama untuk menyemarakkan lagi industri seni muzik tanah air,” katanya. Majlis berkenaan dirasmikan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon.
Malam
yang melakar seribu kenangan kepada tetamu yang hadir turut disajikan dengan
persembahan yang jarang dapat kita saksikan. Persembahan pembukaan daripada
anak-anak penggiat seni dimulai dengan cucu kepada Datin Rosiah Chik iaitu
Jimie Chik, J Mizan, Farah, Raffeah Bachik, Inas, Raja Iskandar, Ilmi, Lynn
dan ramai lagi.
Rahman Hassan ketika ditemui berkata, beliau sering mengingatkan dirinya supaya selalu berpegang kepada sikap amanah sekiranya ingin menjadi seorang pemimpin yang baik. “Namun, kejayaan ini tidak akan dicapai sekiranya tanpa kerjasama daripada ahli persatuan. Pemimpin berusaha memberi buah fikiran dan pemimpin yang dilantik seharusnya diberi sokongan, jika tidak tanggungjawab yang dipikul amat sukar untuk dilaksanakan,” katanya. |
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan sila klik tajuk berikut: |
|
|