SELEKSI IRAMA MALAYSIA

(Koleksi 16 Lagu Lagu Terbaik Ghazal, Gambus & Zapin)

(Pertama kali diperdengarkan 11 March 2008)

Muzik ghazal, gambus dan zapin merupakan warisan khazanah irama Melayu yang belum pupus dan masih mendapat perhatian walaupun bergerak secara mendatar dan tidak berkembang.  Genre muzik ini kurang mendapat sokongan daripada pihak tertentu kerana mereka lebih menumpukan seni yang berbentuk komersial dan sensasi.  Ketiadaan platform juga menyebabkan seni muzik ghazal, gambus dan zapin terpinggir walaupun kita sebenarnya mempunyai ramai penyanyi yang boleh membawa genre muzik tersebut dengan baik.  Oleh yang demikian playlist SELEKSI IRAMA MALAYSIA mengambil inisiatif menyenaraikan lagu lagu ghazal, gambus dan zapin untuk didengar dan dihayati keindahan irama dan lirik lagu yang disampaikan oleh pelbagai penyanyi yang dianggap terbaik oleh industri muzik tanahair seperti Saloma, Sharifah Aini, Fadzil Ahmad, M Daud Kilau dan Rosiah Chik.  Kemunculan generasi baru dalam meneruskan misi mempertahankan lagu sebegini seperti Noraniza Idris, Ramlah Ram dan Siti Nurhaliza amatlah dialu-alukan.



Senarai lagu:

  Ghazal Untuk Rabiah Jamal Abdillah & M Nasir
     (1995, M Nasir / Jamal Abdillah / Cenderawasih) 

  Zapin Cinta Asmara Siti Nurhaliza
     (2000, To'Ki / Rozek)

  Di Pinggir Kayangan Sharifah Aini   Lirik
     (1994, Raja Kobat)

  Zapin Tujuh Purnama Amelina
     (1997, Akur)

  Penawar Rindu Orchid Abdullah
     (1970, Atan Ahmad)

  Ya Allah Ya Saidi Noraniza Idris
     (1999, Fadzil Ahmad / Megamutiara)

  Zapin Yang Tinggal Ramlah Ram
     (1998, Herman Tino)

  Seri Mahligai Zaleha Hamid
     (1984, Tradisional)

  Dia Datang Aishah
      (1996, Fadzil Ahmad)

  Yaladan Fadzil Ahmad featuring Sharifah Aini   Lirik
     (2000, Fadzil Ahmad)

  Zapin Mungkir Janji M Daud Kilau
  
   (1982, Hashim Sayang)

  Zapin Berperi Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim
     (1992, Ramli Sarip / Bob)

  Dunia Hanya Pinjaman Uji Rashid & Hail Amir
  
   (1977, Ahmad Nawab / Ernie)

  Zapin Senandung Dua Rosiah Chik
     (1997, Kapten Othman Ali / Mat Penang)

  Zapin Budaya Saloma
     (1974, P Ramlee)

  Bukit Kepong S M Salim & Ghazal Daya Tebrau Remaja
 
    (2003, Idris Muhammad)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)