![]() |
|
DENGAR PLAYLIST
(semua lagu |
SELEKSI IRAMA (Pelbagai Artis)
(10 Ogos 2008)
Playlist SELEKSI IRAMA MALAYSIA vol 2 membawa anda menikmati lagu-lagu Etnik Kontemporari - Asli, Zapin, Inang, Keroncong yang dipermodenkan oleh pencipta dan penggubah baru yang berbakat seperti Manan Ngah, To'Ki, Ly, Salman Shariff, Eric Yeo disamping penggubah, pencipta dan pemuzik tersohor Ahmad Nawab dan S Atan. Saya amat tertarik dengan lagu bertempo asli 'Puisi Untuk Sang Puteri', yang dicipta oleh komposer berbangsa Cina dan lontaran vokal David Arumugam menjadikan lagu ini agak unik. Begitu juga dengan lagu klasik 'Gurindam Jiwa' cukup menarik apabila dikeroncongkan manakala intro lagu 'Mengapa Dirindu' cukup membuatkan saya teruja untuk mendengar lagu ini sehingga ke penghujungnya. Vokal penyanyi tersohor seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Ramli Sarip (ketika itu menjadi vokal utama kumpulan rock Sweet Charity, tetapi berani mencuba sesuatu yang terkeluar daripada konsep atau genre muzik yang diperjuangkan) memang tidak perlu dipertikaikan dalam melaksanakan tugasan memperjuangkan irama sebegini. Saya juga amat menyukai lagu-lagu etnik kontemporari ciptaan To'Ki tapi sayangnya, beliau kini dilihat kurang aktif ! Lagu-lagu irama Melayu sebegini memang menarik tetapi sayangnya medium untuk menonjol dan memperkembangkannya agak terhad kerana dikuasai oleh media elektronik yang lebih mengejar populariti dan keuntungan daripada memainkan peranan untuk memelihara atau memperkaya khazanah seni muzik bangsa apatah lagi untuk memartabatkannya ke posisi yang selayaknya. |
Playlists:
SELEKSI IRAMA MALAYSIA
|