DARI JAUH KU POHON MAAF

Belasungkawa Haron Abdulmajid (1950 - 2008)
(Koleksi 16 Lirik Lagu Terbaik & Popular karya Allahyarham Haron Abdulmajid)

(Pertama kali diperdengarkan 26 Oktober 2008)

DARI JAUH KU POHON MAAF (BELASUNGKAWA HARON ABDULMAJID) - Various Artist

Dunia seni kehilangan penulis lirik, Haron Abdulmajid yang meninggal dunia pada 1 Syawal 1429 (01-10-2008) yang lalu setelah terlantar dua minggu di Hospital Universiti Nasional Singapura akibat menghidap penyakit barah otak dan kanser usus. 

Anak jati kelahiran Singapura ini mula dikenali sebagai penulis lirik produktif sekitar awal 1980, apabila bergabung dengan S Atan yang menyertai dan menjadi teraju utama sebagai penerbit album-album artis EMI menggantikan Ahmad Nawab yang telah menyertai WEA (kini Warner Music) yang baru beroperasi ketika itu.  Kolaborasi S Atan dan Haron Abdulmajid memang 'menjadi' apabila lagu yang dihasilkan digemari ramai dan menjadi lagu nostalgia.  Antara penyanyi yang pernah menyanyikan lirik nukilan arwah ialah Black Dog Bone, Carefree, Halil Chik, Rina Rahman, Sudirman, Noor Kumalasari, Sharifah Aini, Trio Manja, Aida & Jamaliah, Aziz Ahmad, Zaleha Hamid, Ali Ahamad Anwar, DJ Dave, Gaya Zakry, kumpulan nasyid Hidayah & Al Mizan dan ramai lagi.  Bagaimanapun di awal 90'an beliau tidak lagi aktif sebagai penulis lirik.

Di Singapura, selain terkenal sebagai penulis lirik, arwah juga berbakat sebagai penyajak dan  terus aktif berkarya untuk artis-artis Singapura.  Pemergian beliau di pagi 1 Syawal tentu akan menjadi lebih syahdu setiap kali menjelang raya kerana arwah telah meninggalkan banyak lirik lagu raya yang amat menyentuh jiwa malah seperti pernyataan perasaan dan gambaran penghujung perjalanan hidupnya menerusi lirik lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon dan Cahaya Di Aidilfitri.

Playlist DARI JAUH KU POHON MAAF: Belasungkawa Haron Abdulmajid (1950 - 2008) menyenaraikan 16 daripada ratusan lirik yang pernah dihasilkan arwah sebagai mengenang betapa beliau merupakan penulis lirik yang amat disegani di zaman kegemilangannya.  AL-FATIHAH



Senarai lagu:

  Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon Al Mizan
    
(1978, S Atan) 

  Dulu Dan Sekarang Black Dog Bone
    
(1979, S Atan)

  Dangdut Reggae Zaleha Hamid
     (
1984, S Atan)

  Rahsia Hati Sharifah Aini
    
(1982, Ahamad Norddin)

  Kasih Berbunga Sepanjang Musim   A Ramlie & Maria Bachok
    
(1977, Copyright Control)

  Tak Kenal Maka Tak Cinta Roy & Fran
    
(1982, S Atan)

  Bunga Bukan Sekuntum Kumbang Bukan Seekor Aman Shah
    
(1980, Manan Ngah)

  Mengapa Di Kenang Mengapa Di Fikir Herman Tino
    
(1983, S Atan)

  Cahaya Aidilfitri Black Dog Bone
    
(1981, S Atan)

  Hatiku Kau Guris Luka Sweet September
    
(1982, Adrian James)

  Masih Ada Rindu the Unwanted
    
(1985, Joe Salim)

  Bahgialah Sayang Noor Kumalasari
    
(1980, S Atan)

  Hari Bahgia Trio Manja
    
(1978, Copyright Control)

  Derita Hati Ku Tanggung Sendiri Gaya Zakry
    
(1980, S Atan)

  Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) Hidayah
    
(1978, S Atan)

  Dari Jauh Ku Pohon Maaf Sudirman
    
(1981, S Atan)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)