![]() |
|
|
|
|
|
Selamat datang ke lelaman My CD Collection. Lelaman ini memaparkan info senarai lagu kesemua CD yang menjadi milik peribadi saya. Lelaman utama Koleksi 10 CD Terkini akan memaparkan CD terkini yang baru menjadi milik peribadi, tidak kira sama ada CD itu baru dipasarkan atau sebaliknya. |
||
|
Koleksi 10 CD Terkini hanya akan dikemaskini pada setiap Sabtu sahaja. Terima kasih kepada rakan yang menaruh minat terhadap CD tertentu (terutamanya yang mungkin sukar dicari di pasaran) dan untuk pengetahuan anda setakat ini saya belum bersedia untuk menjualnya. |
||
![]() |
KERONCONG EKSKLUSIF - Jamilah Abu Bakar (Irama Studios / Jamilah Music Heritage, 2011)
Jamilah Abu Bakar, memulakan kerjaya nyanyian beliau di Kementerian Pelajaran Malaysia Royal Concert 2005. Mengambil bahagian di Festival Kanak-kanak Antarabangsa di Turki 2007 dan dipilih untuk membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas berprestij pada tahun 2010. Jamilah adalah penyanyi baru yang menerapkan irama keroncong sepenuhnya dalam album ini. Walaupun masih muda gaya nyanyian dan penghyatannya dalam genre muzik sebegini patut dipuji. Bertambah menarik apabila album ini ditangani oleh Mahzan Manan seorang penggiat muzik keroncong, asli dan nasyid tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi (beliau juga amat popular sebagai komposer lagu pop balada penghujung 70an dan awal 80an). |
|
![]() |
SIAPA PEDULI? - Various Artist (MAPIM / Universal Music, 2011)
Mila AF5 )
Sebuah album terbitan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang semua hasil jualannya akan disalurkan untuk pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Lagu-lagu dan lirik digubah khas berkaitan peristiwa penting Palestin yang berlaku seperti Deir Yasin, Sabra Satila, Al-Aqsa, Nakbah dan serangan ke atas Gaza. Penerbitan album ini juga sebagai symbol mendidik dan kesedaran kepada masyarakat tempatan dan dunia mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa. |
|
![]() |
QIBLAT - Rabbani (Rabbani Production / Warner, 2002)
Selain 'Intifada', QIBLAT juga antara album terbaik Rabbani ketika bersama KRU
Records. Bagaimanapun Warner Music menjadi pengedar untuk edisi eadaran
semula. |
|
![]() |
INTIFADA - Rabbani (Rabbani Production / Warner, 2001)
Sebuah album yang pernah diiktiraf sebagai Album Nasyid Terbaik AIM 2002. Bagaimanapun.untuk edisi edaran semula 'cover'nya telah ditukar. |
|
![]() |
KOLEKSI ALBUM 1976 & 1979 (Mini Box Set) - Anita Sarawak (EMI / Warner, 2011)CD 1: Gayamu BiarSederhana (1979)
CD 2: Berdendang Bersama Anita (1976)
Mini Box Set Anita Sarawak mengandungi 2 buah album Anita Sarawak yang pernah mendapat sambutan di penghujung tahun 70an. Sebenarnya ini adalah album studio Anita yang diedar semula tetapi di dalam format CD. |
|
![]() |
RAJA POP 2 - Jamal Abdillah (Warner, 2011)
Konsep album ini adalah rakaman semula lagu-lagu lama klasik era 50an hingga 90an Bagaimanapun terdapat dua buah lagu baru 'Bahagia Sementara' dan 'Aku Maafkan Kamu' kolaborasi bersama rapper 'Malique'. Tidak tahu di mana silapnya di atas penggunaan tajuk album ini 'Raja Pop 2' kerana sebelumnya telah ada dipasaran (album kompilasi) yang telahpun menggunakan tajuk tersebut. Sepatutnya atau 'mungkin' album ini patut dinamakan 'Aku Penghiburmu 2' iaitu kesinambungan daripada album sebelumnya 'Aku Penghiburmu' yang juga menampilkan konsep yang serupa merakam semula lagu-lagu lama. |
|
![]() |
ANUAR ZAIN (Anuar Zain Network / Universal Music, 2011)
|
|
![]() |
KEUNGGULAN - Jaclyn Victor (Sony Music, 2011) CD 1:
CD 2:
|
|
![]()
|
BIOGRAFI - Anita Sarawak (EMI / Warner, 2011) CD 1:
CD 2:
|
|
![]() |
ALL YOUR LOVE - Siti Nurhaliza (Whats Up Entertainment / Warner, 2011)
|
|
|
Dikemaskini 14 Januari 2012 |
||