![]() |
|
Playlist - Rock GEGAR dan SANTAI bersama Wings
|
DISCOGRAPHY 18 CD WINGS |
|
![]() |
TERUNGGUL - Wings (Fly-Wings / Power Records, 2005) CD 1:
CD 2:
|
|
![]() |
NAGA KRAMAT - Wings (Fly-Wings / BMG, 2002)
Selepas lapan tahun menanti, akhirnya impian peminat Wings untuk melihat gabungan semula Awie-Wings tercapai menerusi album 'Naga Kramat'. |
|
|
|
TRILOGI - Wings (Fly-Wings / BMG, 2000)
|
|
![]() |
MR BARBARIK - Wings (Fly-Wings / BMG, 2000)
|
|
![]() |
BEST OF WINGS 2 (Fly-Wings / BMG, 1999)
|
|
![]() |
MENCARI ASAL USUL - Wings (Fly-Wings / BMG, 1998)
Selepas mengundurkan diri, Mus dari kumpulan May mengambil tempat. Malah album 'Biru Mata Hitamku' (album ini tiada dalam koleksi saya) dapat sambutan yang begitu hangat. Begitulah seterusnya menerusi album 'Mencari Asal Usul' dan 'Mr Barbarik' |
|
![]() |
PUISI AIDILFITRI - Wings (Fly-Wings / BMG, 1996)
|
|
![]() |
ORANG ASING - Wings (Fly-Wings / BMG, 1995)
Walaupun sebelum itu ada pihak berpendapat kumpulan ini akan berkubur tetapi ia tidak menjadi realiti. Wings terus gah dengan penyanyi baru mereka. Walaupun mempertaruhkan penyanyi baru, Mel menerusi album 'Orang Asing', album ini terus mendapat sambutan hangat menerusi lagu hits 'Lena Diulit Intan' dan 'Semalam Yang Hangat'. |
|
![]() |
OPERA DALAM KENANGAN Part 2 - Wings & Superfriends (BMG, 1994)
|
|
![]() |
OPERA DALAM KENANGAN Part 1 - Wings & Superfriends (BMG, 1994)
Setelah Awie meninggalkan kumpulan Wings, ramai berpendapat Wings telah patah sayap. Tetapi Joe, Eddie & Jojet telah membuat kejutan dengan mengundang penyanyi-penyanyi yang suatu ketika dahulu adalah pujaan dan idola mereka untuk bergabung menerusi projek WINGS & SUPERFRIENDS: OPERA DALAM KENANGAN Part 1 & 2. Album berkembar pertama daripada Wings ini diedarkan serentak tetapi bukan dalam pakej istimewa ataupun 'boxset'. |
|
![]() |
BAZOOKA PENAKA - Wings (Fly-Wings / BMG, 1993)
Selepas 4 album studio, maka lahirlah 'Bazooka Penaka' yang cukup istimewa kepada Wings apabila pendirian mereka untuk menerbitkan sendiri album mereka mendapat isyarat lampu hijau daripada syarikat rakaman . Ini merupakan satu pengiktirafan kepada sesebuah band rock ketika itu. Bermula dari album ini , Wings memberi nafas baru dalam persada dunia rock tanahair apabila meletakkan lagu berentak 'catchy' 'Bernafas Dalam Lumpur' sebagai 'killer song'. Ia dianggap sebagai perubahan dalam mencari citarasa pendengar yang sebelum ini terlalu taksub dengan irama slow rock (ballad). Album ini juga mencetuskan sejarah hitam apabila Awie membuat keputusan untuk mengundurkan diri. |
|
![]() |
DOUBLE TROUBLE - Search & Wings (Go Search&Fly-Wings / BMG, 1992)
Kehebatan Wings dan Search membuahkan idea untuk menggabungkan mereka didalam sebuah album. Kolaborasi vokal Awie dan Amy menjadikan lagu 'Gemuruh' menjadi hit dalam album DOUBLE TROUBLE ini. |
|
![]() |
KEUNGGULAN - Wings (ASP / NSR, 1992)
|
|
![]() |
BEST OF WINGS (Fly-Wings / BMG, 1992)
|
|
![]() |
JERANGKUNG DALAM ALMARI - Wings (Fly-Wings / BMG, 1991)
'Jerangkung Dalam Almari meneruskan tradisi menerusi lagu hits mereka 'Aku Pun Tahu' dan 'Rock n Roll Lu Punya Suka'. Ketika inilah Wings dilihat sebagai sebuah band rock nombor satu kerana menguasai kesemua persembahan pentas di seulurh negara. |
|
![]() |
TEORI DOMINO - Wings (Fly-Wings / PMC, 1990)
Album 'Teori Domino' terus mengukuhkan empayar Wings dalam persada dunia seni. Lagu 'Sejati' menjadikan nama Wings semakin memuncak dan menjadi pujaan seluruh peminat rock tanahair sehingga Wings dikenali sebagai 'Raja Ekspo' dan mampu bersaing dengan band rock no 1 ketika itu, Search. |
|
![]() |
HUKUM KARMA - Wings (ASP / NSR, 1988)
Selepas kejayaan album 'Belenggu Irama', sekali lagi M Nasir diberi tanggungjawab untuk menerbitkan album 'Hukum Karma' yang dianggap album terbaik dan diiktiraf sebagai 'killer album'. Banyak lagu dari album ini meledak hit seperti 'Misteri Mimpi Syakilla', 'Hukum Karma', 'Opera Hidup'. Dan siapa boleh lupa dengan lagu hit utama album ini 'Taman Rashidah Utama'. |
|
![]() |
BELENGGU IRAMA - Wings (ASP / NSR, 1987)
Bermula menerusi album sulung 'Belenggu Irama', Wings mula menampakkan taringnya menerusi lagu hits mereka seperti 'Intan Ku Kesepian' & 'Biarkan Berlalu'. |
|
|
|
||