Kembali Ke CD Artis Melayu Index 'A'

ZIKIR TERAPI DIRI - Hafiz Hamidun (2011)

Playlist CD Pilihan:

ZIKIR TERAPI DIRI - HAFIZ HAMIDUN (2011)

(dikemaskini 1 Mei 2024)

ZIKIR TERAPI ACAPELLA - Hafiz Hamidun (2021)

ZIKIR TERAPI ACAPELLA Hafiz Hamidun
(Arteffects / Universal, 2021)

  Astaghfirullah
  La Ilaha Illallah
  Subhanallah
  Taubatan Nasuha
  Hasbi Rabbi
  La Hawla Wa La

  Alhamdulillah

  Ya Zaljalal

  Ya Latif
  Allah

Album ZIKIR TERAPI DIRI yang diterbitkan pada tahun 2011 merupakan pencetus terhadap fenomena penerbitan album-album zikir terapi pada ketika itu.  Album alunan zikir oleh Hafiz Hamidun tersebut menjadi antara album paling laris bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.  Album tersebut telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia.  Setelah sepuluh tahun album tersebut diterbitkan, Hafiz Hamidun merakam kembali abum tersebut tetapi kali ini dalam versi acapella dengan mengekalkan jumlah trek yang sama.

MARHABA - Hafiz Hamidun (2021)

MARHABA – Hafiz Hamidun
(Arteffects, 2021)

  Ya Imam Ar-Rusli

  Ahmad Ya Habibi

  Khairal Bariyyah (featuring Naufal Zayne)

  Tola' Al-Badru 'Alayna

  Maulan Siwallah

  Tholama Ashku Ghoromi

  Man Sagher Habeetak (featuring Mostafa Atef)

  Yang Di Nanti

  Khairal Bariyyah (versi solo)

  Penyelamat Ummah

  Marhaban

  Rampai Selawat

  Mawlay Ya Solli

Hafiz Hamidun merilis album studio ketujuhnya, MARHABA yang merupakan lanjutan dari siri album Zikir Terapi.  Album Salawat Islam moden yang baru ini sebahagian besarnya telah dirakam di Istanbul, Turki dan di studionya, Arteffects, Petaling Jaya. Ia menggabungkan ramai pemuzik dan juruteta yang sangat berbakat dari Turki, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia dan Australia.

NUR (ZIKIR TERAPI IV) - Hafiz Hamidun (2018)

NUR: ZIKIR TERAPI IV – Hafiz Hamidun
(Arteffects / Inteam Records, 2018) 

  Nur
  Astaghfirullah Robbal Baroya
  Allahu Allah
  Laisalaha Mindunillah
  Hasbi Rabbi Jallallah
  Sajda

  Ya Hayyu Ya Qoyum
  Subhanallahil Azim

  Syahadah
  Selawat Nur

NUR: ZIKIR TERAPI IV merupakan kesinambungan daripada album zikir terapi persembahan komposer dan penyanyi berbakat Hafiz Hamidun yang masih mengekalkan pendekatan yang sama iaitu pengisian 10 rangkaian zikir lazim.

THE BEST OF ZIKIR THERAPY - Hafiz Hamidun (2016)

THE BEST OF ZIKIR THERAPY – Hafiz Hamidun
(Arteffects / Inteam Records, 2016) 

 Astaghfirullah Ya Allah La Ilaha Illallah (versi dari album ZIKIR TERAPI DIRI) Subhanallah (versi dari album ZIKIR TERAPI DIRI) Ilahi Last Hasbi Rabbi (versi dari album ZIKIR TERAPI DIRI) Zaljalali Wal Ikram Alhamdulillah (versi dari album ZIKIR TERAPI DIRI) Malikul Haq Ya Latif Tubna Ilallah (versi dari album ZIKIR TERAPI DIRI 2) Karimu Antallah Rabbi Zidni Bismillah Hasbunallah

Seleksi zikir terbaik yang dihimpunkan dari 3 buah album ZIKIR TERAPI DIRI yang pernah dirakam oleh Hafiz Hamidun.  Kesemua album zikir hasil buah tangan Hafiz Hamidun sendiri mendapat sambutan hebat dan mencipta fenomena tersendiri terutama album pertama ZIKIR TERAPI DIRI yang dirakam dan diedar pada tahun 2011.

I LOVE RASULULLAH - Hafiz Hamidun (2015)

I LOVE RASULULLAH – Hafiz Hamidun
(Arteffects, 2015) 

  Penyelamat (lagu baru)
  Habeeb (versi baru)
  Bukti Cintaku (lagu baru)
  Lawkana Bainana
  Kasih Padamu (versi baru)
  Sollu Ala Khairil Anam (lagu baru)

  Pemergianmu Rasul (versi baru)
  Ya Rasul (versi baru)
  Tolaal Badrul Alaina (lagu baru)

Selepas kejayaan melahirkan 3 album zikir istimewa: Zikir Terapi Diri vol 1-3 dan mencatat jualan yang sangat memberangsangkan, penyanyi, penggubah lagu dan penerbit, Hafiz Hamidun muncul dengan buah tangan terbaru I Love Rasulullah.  Sesuai dengan tajuknya, pengisian lagu-lagu untuk album ini bertujuan untuk menyemai kasih sayang terhadap Nabi Muhammad saw dan mengajak pendengar menghayati mesej-mesej berguna mengenai perjuangan Rasulullah.  Masih mengekalkan sentuhan kontemporari tetapi Hafiz memberikan susunan muzik yang berbeza untuk menyuntik nuansa segar dalam produksi berkenaan.  Terdapat 4 lagu ciptaan baru dan 4 lagu rakaman semula.  Manakala 'Lawkana Bainana' diambil terus dari album Zikir Terapi Diri.

ZIKIR TERAPI DIRI 3 - Hafiz Hamidun (2014)

ZIKIR TERAPI DIRI 3 – Hafiz Hamidun
(Arteffects / Inteam Records & Warner, 2014) 

  Ya Allah
  Bismillah
  Subhanallah
  Alhamudlillah
  Lailahaillallah
  Allahuakbar

  Hasbirabbi
  Tubnailallah

  Hasbunallah
  Zaljalal

Setelah menghasilkan album ZIKIR TERAPI DIRI 1 dan 2, kini Hafiz Hamidun tampil dengan album ZIKIR TERAPI DIRI 3 yang merupakan kesinambungan daripada sambutan luar biasa yang telah diberikan oleh masyarakat terhadap album zikir beliau sebelum ini.  Seperti sebelumnya album yang mengandungi 10 buah zikir ini merupakan garapan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun yang bertindak sebagai komposer dan penggubah muzik.  Masih mengekalkan konsep terapi seperti album-album yang sebelumnya tetapi album ini sedikit berbeza apabila menggunakan garapan sentuhan orkestra sepenuhnya.

JODOH BERDUA - Hafiz Hamidun (2013)

JODOH BERDUA (single) Hafiz Hamidun
(Arteffects / Warner, 2013) 

  Jodoh Berdua

Single 'Jodoh Berdua' merupakan ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Hafiz Hamidun sendiri.  'Jodoh Berdua' juga merupakan single pop pertama Hafiz Hamidun yang juga merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun yang dicipta oleh komposer lain semenjak beliau bergelar penyanyi solo.  Lirik lagu ini mempunyai mesej positif yang mampu menarik para pendengar untuk mencari pasangan hidup dan bersama melayari bahtera perkahwinan sehingga ke syurga.

Single 'Jodoh Berdua' kemudiannya dimuat-semula dalam album kompilasi pelbagai artis, AL NURAA ... YANG 5 ... YANG 6 (Sony, 2014) dan setakat ini belum pernah diterbitkan dalam mana-mana album solo ataupun kompilasi milik Hafiz Hamidun sendiri.

ZIKIR TERAPI 2 - Hafiz Hamidun (2013)

ZIKIR TERAPI DIRI 2 – Hafiz Hamidun
(Arteffects / Warner Music, 2013 / rilisan semula, Arteffects / Inteam Records, 2014)

  Rabbi Zidni
  Ilahi Last
  Zaljalali Wal Ikram
  Malikul Haq
  Allahu Ya Rahman
  Maghfirah

  Tubna Ilallah

  Subhanallah Walhamdulillah

  Karimu Antallah
  Rabbibil Mustofa
  Habib

Melihatkan percaturan menghasilkan album bergenre zikir sebelumnya mendapat sambutan hebat, Hafiz Hamidun muncul dengan buah tangan yang sama iaitu mengekalkan identiti zikir terapi tetapi ZIKIR TERAPI DIRI versi kedua kali ini muziknya lebih berkonsepkan irama keMelayuan seperti zapin, gurindam, dodoi.

KASIH PADAMU - Hafiz Hamidun (2012)

KASIH PADAMUHafiz Hamidun
(Arteffects / Warner, 2012)

  Kasih Padamu (Rasulullah)

  Syair Qalbi

  Cerita Hati

  Kesaktian Cinta

  Andai Ku Di SisiMu

  Cinta Ke Syurga

  Kau Yang Satu

  Bahagia DariMu

  Titik Mula

  Ya Rasul

  Syukran

  Tinggallah Kenangan

  Melihat Bintang

KASIH PADAMU - Koleksi istimewa ini merupakan seleksi lagu-lagu ciptaan Hafiz Hamidun dari 2 album terdahulunya iaitu Hafiz Hamidun (Pop Nasyid) (2007) dan Syukran (2009).  Koleksi istimewa ini turut memuatkan sebuah lagu terbaru iaitu 'Kasih Padamu (Rasulullah)' yang sebelum ini hanya dimuatkan secara eksklusif di dalam format CD yang hanya boleh dimiliki dengan pembelian buku SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD.

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD - Hafiz Hamidun (2012)

SIRAH TERAGUNG MUHAMMADHafiz Hamidun
(Maghfirah Pustaka, 2012)

  Lawkana Bainana

  Marilah Memuji

  Dialah Rasulullah

  Kasih Padamu (Rasulullah)

  Hijrah Rasulullah

  Penyeri Dunia (Khadijah r.a) (featuring Soufies)

  Takbir Fisabilillah

  Muhammad Mustofa (featuring Fitri Haris)

  Pemergianmu Rasul

CD eksklusif ini adalah bonus kepada pembeli buku Sirah Teragung Muhammad.  Album projek khas ini memuatkan lapan lagu baru ciptaan Hafiz Hamidun sendiri.

ZIKIR TERAPI DIRI - Hafiz Hamidun (2011)

ZIKIR TERAPI DIRI – Hafiz Hamidun
(Arteffects / Warner, 2011)

  Astaghfirullah
  La Ilaha Illallah
  Subhanallah
  Taubatan Nasuha
  Hasbi Rabbi
  La Hawla Wa La

  Alhamdulillah

  Ya Zaljalal

  Ya Latif
  Allah
  Lawkana Bainana

Ini merupakan percubaan pertama Hafiz Hamidun melahirkan sebuah album alunan zikir bermelodi.  Mengandungi 10 zikir amal harian yang diperhebatkan dengan muzik yang 'easy-listening'.  Disertakan juga sebuah lagu istimewa 'Lawkana Bainana' petikan siri televisyen Arab Saudi.  Ternyata album ini berjaya mencatatkan jualan sebanyak 150,000 unit sepanjang setahun setengah berada di pasaran dan sehingga kini album ini masih lagi mendapat permintaan yang tinggi.

SYUKRAN - Hafiz Hamidun (2009)

SYUKRAN Hafiz Hamidun
(Arteffects / FMC, 2009)

  Serenity Interlude

  Bahagia DariMu

  For Allah

  Tinggallah Kenangan

  Pray

  Syair Qalbi

  Titik Mula

  Arasy Dunia (featuring Ali Terra Rossa)

  Andai Ku Di SisiMu

  Ya Rasul

  Syukran

HAFIZ HAMIDUN (2007)

HAFIZ HAMIDUN
(FMC, 2007)

  Melihat Bintang

  Kesaktian Cinta

  Jawapan Rindu

  Cinta Ke Syurga

  Kau Yang Satu

  Cerita Hati

  Last Breath

  Bilakan Damai

  Derita Dunia

  Dengarkan Segalanya

Setelah meninggalkan kumpulan nasyid UNIC, Hafiz Hamidun melahirkan album solo studio pertama bergenre pop nasyid.  Ini merupakan album terawal beliau sebelum terkenal melalui album zikir terapi diri.