DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL

Kembali Ke Senarai Utama My CD Collection

 SOLO / KUMPULAN

PLAYLIST ARTIS YANG MEMPUNYAI KOLEKSI CD LEBIH DARIPADA 10

Diskografi & Playlist Fauziah Latiff

Diskografi & Playlist Francissca Peter

FADZIL AHMAD          (2 album)

IRAMA GHAZAL MALAYSIA: DIA DATANG - Fadzil Ahmad (1997)

DIA DATANG: IRAMA GHAZAL MALAYSIA – Fadzil Ahmad
(AHAS Productions / Ambang Klasik, 1997)

  Dia Datang (Fadzil Ahmad)

  Sayang Musalmah (Jamie Chik)

  Embun Menitik (Aspalela Abdullah)

  Panduan Islam (Orchid Abdullah)

  Kenangan Kuala Lumpur (Rosiah Chik)

  Mak Ngah Tersenyum (Jamie Chik)

  Belahan Dua Jiwa (Fadzil Ahmad & Jamie Chik)

  Pasir Roboh (Orchid Abdullah)

  Betik Manis (Rosiah Chik)

  Naik Kereta Kuda (Fadzil Ahmad & Jamie Chik)

  Dendang Kayangan (Orchid Abdullah)

  Bunga Melati (Aspalela Abdullah)

Album Irama Ghazal Malaysia ini dipimpin oleh Fadzil Ahmad, Raja Gambus Malaysia bersama kumpulan Ghazal/Gambus Fadzil Ahmad Kuala Lumpur yang bertaraf profesional.  Album ini mempamerkan beberapa keistimewaan berdasarkan lagu-lagu berirama Ghazal/Gambus terpilih dinyanyikan oleh penyanyi veteran yang masih bertenaga seperti Orchid Abdullah, Aspalela Abdullah, Rosiah Chik serta pewaris seninya, Jamie Chik (cucu) dan Fadzil Ahmad sendiri.

TUDUNG PERIUK - Orkes Ghazal Sri Maharani (1987)

TUDUNG PERIUK Orkes Ghazal Sri Maharani
(Olympia (M) Co, 1987 / rilisan semula EMI-Universal Music, 2014)

  Tanjung Balai (Fadzil Ahmad)

  Burung Putih (S Fauziah)

  Selat Tebrau (Ahmad Jusoh)

  Jalak Lenteng (S Fauziah)

  Sri Kelantan (Ahmad Jusoh)

  Pak Busu (Fadzil Ahmad)

  Ketapang (S Fauziah)

  Kuala Deli (Ahmad Jusoh)

  Tudung Periuk (S Fauziah)

  Gunung Bentan (Fadzil Ahmad)

Tajuk asal album ini adalah ‘SRI KELANTAN’ persembahan Ghazal Sri Maharani Muar pimpinan Ahmad Jusoh.  Album terbitan Olympia (M) Co telah diterbitkan semula oleh EMI pada tahun 1987 dengan menggunakan tajuk ‘TUDUNG PERIUK’ yang diedarkan dalam format kaset saja dan kulit album asal telah ditukar manakala susunan trek lagu juga telah diubahsuai.  Sebelum diterbitkan semula untuk edisi 2014 siri 24 BIT REMASTERED, album ini juga pernah diedarkan melalui SIRI MURAH HATI (2002) dengan kulit album yang berbeza.

FAIRUZ HUSSEIN          (1 album)

THE ESSENTIAL - Fairuz Hussein (2010)

THE ESSENTIAL – Fairuz Hussein
(Sony Music, 2010)

  Kali Pertama

  Lagu Sambaria

  Bawalah Daku (featurng Harvey Malaiholo)

  Inilah Cinta

  Dikau

  Kedewasaan Cinta

  Cuba Lagi

  Lembayung Sepi

  Api Cinta

  Relakan

  Hadirlah

  Hati Hati

  Datanglah Daku

  Nights In Barcelona

FAIZAL TAHIR          (6 album)

ROJAK - Faizal Tahir (2019)

ROJAK – Faizal Tahir
(Faithful Music / Warner Music, 2019)

  Ragaman (single 2018)

  Ratu (lagu baru)

  Starfeather (single 2018)

  Kamu (lagu baru)

  Bisa Aja (lagu baru)

  Malaysia (single 2018)

  This Is Anfield (lagu baru)

  Until We Meet Again (lagu baru)

  Fire & Water (OST BoBoiBoy Movie 2) (lagu baru)

  Starfeather (Live from Aceh)

  Ratu (Piano Demo)

  Bisa Aja (Live from Tokyo)

  Anney, Rojak Satu! (Bicara album ROJAK)

ROJAK telah diumumkan sendiri oleh Faizal Tahir sebagai albumnya yang terakhir.  Tidak tahu alasan konkrit Faizal Tahir membuat keputusan sebegitu sedangkan namanya sebagai penyanyi dan pencipta lagu masih relevan dengan perkembangan terkini muzik tanahair.  ROJAK menyenaraikan 9 single, iaitu 3 yang pernah dikeluarkan pada tahun 2018 termasuk hit ‘Ragaman’ yang berelemen muzik reggae.  Manakala yang lain adalah single terbitan 2019 termasuk yang terbaru ‘Ratu’ sebuah irama balada yang menarik dengan buaian ampuh vokal Faizal Tahir.  Terdapat juga 3 buah lagu yang disajikan dengan dua versi termasuk dirakam secara demo/live.  Faizal Tahir juga memilih ROJAK sebagai tajuk album kerana ia melambangkan negara Malaysia yang unik dengan etnik berbilang kaum, kepelbagaian variasi adat dan budaya yang menepati kehendak konsep album terbarunya ini.

ANATOMI - Faizal Tahir (2016)

ANATOMI – Faizal Tahir
(Warner Music, 2016)

  Assalamualaikum (Original version)

  Suriram (lagu baru)

  Sejati

  Menang (OST Akadku Yang Terakhir)

  Bukan Yang Pertama (lagu baru)

  Sayang

  Setia (versi baru - solo)

  Dirgahayu (Faizal Tahir & Siti Nurhaliza)  (OST Lara Aishah)

  Negaraku (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir)

  Assalamualaikum (ABPBH 2014 version)

  Assalamualaikum (AJL 30 version)

  Assalamualaikum (Acoustic version)

3 tahun tanpa album baru, kini Faizal Tahir muncul dengan album ANATOMI yang kebanyakannya menghimpunkan single popular Faizal Tahir yang dihasilkan sepanjang tahun 2014-2016.  Bermula dengan single 'Assalamualaikum' diikuti dengan single 2015 'Setia', kolaborasi bersama Elizabeth Tan dan diikuti 'Sayang'.  Manakala 2016, Faizal Tahir begitu aktif menghasilkan single termasuk menghasilkan lagu 'Menang', 'Sejati' dan single terkini 'Dirgahayu' dan 'Negaraku' yang mana Faizal Tahir berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper ternama.  Selain versi asal, lagu yang membawa kejayaan besar Faizal Tahir 'Assalamualaikum' ditampilkan dalam 3 versi yang berlainan.  Hanya terdapat dua lagu baru, 'Suriram' dan 'Bukan Yang Pertama', manakala lagu duet bersama Elizabeth Tan 'Setia' dirakam semula secara solo.  Kulit album yang menarik menimbulkan kontroversi apabila beberapa simbol tertentu membuatkan segelintir pihak mengaitkannya dengan aliran Freemason dan illuminati.

THE BEST OF FAIZAL TAHIR (2014)

THE BEST OF FAIZAL TAHIR
(Monkey Bone / Warner Music, 2014)

CD 1:

Invitation + Batu & Golek Superhero Permaisuri Karma Bencinta Kerna Kamu Gemuruh Adrenalin La Da Di Dum Semesta Semesta (Extended version)

CD 2:

 Mahakarya Cinta (Orchestra version) Aku Punya Kamu Sempurna Sampai Syurga (Acoustic version) Hanyut  (Acoustic version) 7 (Interlude) Vortex (Acoustic version) Biar (Acoustic version) Antigraviti (Acoustic version) Cuba Selamat Malam (Extended version)

Album kompilasi ini adalah seleksi lagu-lagu dari 3 album solo Faizal Tahir, AKU MUZIK KAMU (2007), ADRENALIN (2009) & FAIZAL TAHIR (2013).  Terdapat juga lagu-lagu versi jamming (rakam terus 4 lagu) yang dihadirkan sebagai 'hidden track' dalam album FAIZAL TAHIR (2013) kini boleh dinikmati sebagai trek berasingan.  Lagu-lagu tersebut adalah '7' dicatat sebagai 'Interlude' manakala 'Vortex', 'Biar' & 'Antigraviti' dicatat sebagai 'Acoustic version'.  Intro 'Invitation' pula telah dicantumkan dengan lagu 'Batu & Golek'.

FAIZAL TAHIR (2013)

FAIZAL TAHIR
(Monkey Bone / Universal Music, 2013)

  Vortex

  Bintang

  Biar

  Selalu

  7

  Halusinasi

  Permaisuri

  Buta

  Mati

  Antigraviti

  7, Vortex, Biar & Antigraviti (Jamming version) (hidden track)

ADRENALIN - Faizal Tahir (2009)

ADRENALIN Faizal Tahir

(Monkey Bone / Universal Music, 2009)

  Adrenalin

  Superhero

  Selamat Malam

  Karma

  Hanyut

  Bencinta

  Muzik

  Hanyut (Acoustic version)

  Semesta

  Semesta (Extended version)

AKU MUZIK KAMU - Faizal Tahir (2007)

AKU MUZIK KAMU – Faizal Tahir

(Monkey Bone / EMI, 2007)

  Invitation (Intro)

  Batu & Golek

  Kerna Kamu 

  Aku Punya Kamu

  Sempurna

  Cuba

  Sampai Syurga

  La Da Di Dum

  Mungkin Ku Tak Bisa

  Mestikah Ada Yang Lain

  Mahakarya Cinta (Orchestra version)

  Sampai Syurga (Acoustic version)

  Gemuruh

  Mahakarya Cinta

Mulai dikenali menerusi program realiti ONE IN A MILLION (OIAM) musim pertama 2006.  Walaupun sekadar meraih naib juara, Faizal Tahir memang diakui mempunyai kekuatan vokal tersendiri.  Sebelum bergerak solo, Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana.

FARID HARJA          (1 album)

KOLEKSI LAWAK - Farid Harja (2003)

KOLEKSI LAWAK – Farid Harja
(Life Records, 2003)

  Dua Sahabat Lama (duet Salih Yaacob)

  It's Now Or Never

  Soda Hitam

  Cemburu

  Tangan Kidal

  Hello Jakarta

  Ikan Laut (duet Salih Yaacob)

  Perfume

  Mutiara Kata

  Pemalu

Sebenarnya album KOLEKSI LAWAK dendangan Farid Harja ini adalah koleksi penuh lagu-lagu dari album SAHABAT LAMA terbitan Life Records pada tahun 1994 dengan menampilkan penyanyi popular Indonesia, Farid Harja berduet dengan pelawak terkenal Malaysia, Salih Yaacob.  Walaupun pada kulit album asal, SAHABAT LAMA menampilkan gambar Salih Yaacob & Farid Harja tetapi Salih Yaacob hanya tampil untuk berduet dengan Farid Harja melalui dua buah lagu sahaja, 'Dua Sahabat Lama' dan 'Ikan Laut', manakala yang lainnya adalah nyanyian solo Farid Harja.

FARIDAH M AMIN          (1 album)

DIAM DIAM JATUH HATI - Faridah M Amin (1979)

DIAM DIAM JATUH HATI – Faridah M Amin
(WEA, 1979 / rilisan semula Warner Music, 2011)

  Diam Diam Jatuh Hati

  Rahmat Aidilfitri

  Menyambut Kedatanganmu

  Menanti (Hari Minggu)

  Ibu

  Terang Bulan

  Mari Menyanyi

  Hari Raya Hari Mulia

  Di Hari Persandingan

  Tari Bunga Rampai

  Selamat Berbahagia

  Kudrat Allah

Album ini diterbitkan sebagai 'menguji' kekuatan vokal Faridah M Amin penyanyi utama kumpulan Al Mizan sebagai penyanyi solo.  Album yang diterbitkan oleh Kamalihudi (tahun 1979), juga merupakan satunya album tunggal Faridah M Amin yang kemudiannya masih teruja meneruskan perjuangan melahirkan album nasyid bersama kumpulan Al Mizan.