Seloka untuk bergurau, sindiran atau sinis

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.  Secara umumnya, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai 'kadensa' yang sama seperti talibun dan prosa berirama.

Kata Seloka berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu sloka.  Apa yang dimaksudkan dengan seloka adalah bentuk puisi Melayu Klasik yang memuatkan perumpamaan yang berunsur senda gurau, jenaka, sindiran, impian, khayalan atau ejekan, menyindir secara serius atau mengkritik tingkahlaku dan sifat negatif.

Seloka biasanya ditulis dalam dua atau empat baris dan kadangkala enam baris menggunakan bentuk pantun atau syair, gurindam, talibun (bahasa berirama), teromba atau mantera.

Jika seloka itu terdiri daripada dua bait, maka ia akan tersusun menjadi dua kelompok yang masing-masing terdiri daripada empat baris yang masing-masing mengandungi 16 kata.

Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu lama adalah Seloka Emas Si Rendang, Seloka Pak Pandir.  Berikut adalah contoh Seloka Pak Kaduk:

         Seloka Pak Kaduk

         Aduhai malang Pak Kaduk

         Ayamanya menang kampung tergadai

         Ada nasi dicurahkan

         Awak pulang kebuluran

         Mudik menongkah surut

         Hilir menongkah pasang

         Ada isteri dibunuh

         Nyaris mati oleh tak makan

         Masa belayar kematian angin

         Sauh dilabuh bayu berpuput

         Ada rumah bertandang duduk        

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 8 Februari 2009, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Seloka Cak Kun SM Salim & M Nasir