Seha sinonim dengan Freedom

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, Norsehah Abu Bakar atau Seha adalah penyanyi kumpulan Freedom yang cukup popular dengan lagu Mulanya Di Sini, Persamaan dan Jauh Di Rindu era 1980-an.  Penyanyi dan penghibur yang cukup versatile ini berasal dari Air Putih, Kuantan, Pahang

Seha dikenali seorang yang periang, mudah didekati, penghibur yang baik serta mahir memilih lagu yang boleh membangkitkan semangat penonton ketika mengadakan konsert.  Ketika bersama Freedom, Seha sering bergandingan dengan Shuaib Shaari sebagai rakan duet.

Selepas bercerai, Seha pernah bekerja di beberapa pub termasuk Piccadilly, Damansara.  Malah, penyakit barah paru-parunya dikesan selepas beberapa tahun bekerja di pub berkenaan.  Berita Seha menderita barah paru-paru heboh diperkatakan sebaik dia dimasukkan ke Wad Onkologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Selain barah paru-paru, Seha menghidap penyakit semput yang serius ketika jerebu teruk melanda ibukota sekitar Oktober 2006.

Pada 2003, Seha menematkan zaman solo dan berkahwin dengan suami kedua, Azmi Thamby Chik seorang tokoh korporat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Estate Berhad (MIEL).

Seha bagaimanpun dikurniakan dua anak bersama suami pertamanya Chris Lund Abdullah, Misha Kyrie Lund yang mengikut bapanya Chris Lund dan difahamkan berada di Arab Saudi dan Karissa Iris Lund.  Selepas bercerai pada 1998, Chris berhijrah ke Indonesia dan membawa Misha, kemudian berkahwin lain.

Abang Seha, Datuk Nordin Abu Bakar dan anak gadisnya, Iman berusaha mengesan Misha Kyrie Lund melalui internet, blog dan emel memandangkan Seha terlalu rindu dan ingin menemui anaknya yang terpisah sekian lama.  Akhirnya, hasil maklumat yang diberikan peminat kepada media bahawa anak beranak ini dapat bercakap melalui telefon walaupun tidak berjumpa. 

Selain dikenali sebagai pengacara program Muzik TV, Seha sama-sama memperjuangkan agenda MIM (Music Industry Malaysia) sejak tujuh tahun lalu.  Akhirnya, Seha meninggal dunia pada pagi Rabu, 11 Oktober 2006 di HKL pada usia 44 tahun.

Jenazahnya dibawa ke rumah abangnya, Mohd Norbi Abu Bakar di Taman Kesuma, Ampang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Taman Kosas, Ampang, Kuala Lumpur.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 18 Januari 2009, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Suara Amirul – Seha