Fungsi album runut bunyi

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda dalam format filem, soundtrack atau runut bunyi adalah sebahagian fizikal dalam sesebuah produk yang merakamkan bunyi serentak.  Mengikut terminologi industri perfileman, soundtrack atau track adalah rakaman audio dihasilkan atau digunakan dalam penerbitan filem atau proses pasca produksi.

Biasanya, dialog, kesan bunyi dan muzik dalam filem masing-masing punya trek berbeza (trek dialog, trek kesan khas dan trek muzik) dan semua ini digandingkan bersama untuk mewujudkan trek komposit yang kita dengar dalam filem.  Trek alih sunting akan disediakan selepas filem dialih suara ke bahasa lain.

Singkatan perkataan soundtrack, mula digunakan dengan kemunculan trend 'album soundtrack' sekitar awal 1950-an.  Mula digunakan syarikat perfileman sebagai satu cara gimik promosi filem baru, rakaman lagu yang kemudian dikomersialkan, kemudian dilabel dan diiklankan sebagai music from the original motion picture soundtrack.  Frasa ini kemudian dipendekkan lagi menjadi original motion picture soundtrack.  Lebih tepat lagi, rakaman begini dibuat daripada trek muzik filem kerana ia biasanya mengandungi muzik terasing dari filem, bukan bunyi trek komposit yang terkandung dialog dan kesan bunyi.

Sehingga kini kehadiran soundtrack menandakan tiga perkara iaitu (1) rakaman bunyi yang mengiringi medium visual seperti wayang gambar, program tv atau permainan video; (2) hanya muzik saja, dan (3) genre muzik (muzik soundtrack atau soundtrack). 

Singkatan original soundtrack (OST) sering digunakan untuk menggambarkan soundtrack muzikal yang menggunakan medium rakaman seperti CD, bagaimanapun, ia kadangkala digunakan untuk membezakan antara muzik original yang didengar dan rakam semula atau muzik saduran.

Henry ManciniTema soundtrack kini biasa dirujuk sebagai muzik yang digunakan dalam filem (atau program tv) atau dalam album yang sudah dipasarkan yang mana muzik itu digunakan.  Adakalanya muzik yang sudah dirakam khusus untuk filem atau album seperti Saturday Night Fever.

Pada 1908, Camille Saint-Saens merakamkan muzik pertama khusus untuk penggunaan dalam filem (L'assainat du duc de Guise) dan penjualan rakaman lagu digunakan dalam filem mula mendapat tempat pada 1930-an.  Henry Mancini, yang memenangi Emmy Awards dan dua hadiah Grammy untuk soundtrack Peter Gunn, adalah komposer pertama yang dijulang namanya kerana komposisi lagu menerusi soundtrack.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 10 Februari 2008, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Night Fever – Bee Gees (SATURDAY NIGHT FEVER: The Original Movie Soundtrack, 1977)